Headlines News :
.
Home » , , , » Selepas Sammy Lee keluar, Kevin Keen pula masuk

Selepas Sammy Lee keluar, Kevin Keen pula masuk

Written By Unknown on Monday, July 4, 2011 | 04:12

Hari ini, pasukan Liverpool menerima jurulatih baru untuk bergandingan bersama Steve Clarke. Setelah Uncle Lee meninggalkan Liverpool, pihak pengurusan dengan pantas (samaada sudah dirancang atau kebetulan) mengisi kekosongan itu. Beliau yang dimaksudkan ialah Kevin Keen.

Kevin Keen telah dilantik sebagai jurulatih skuad utama bersama2 Steve Clarke. Beliau telah menandatangani perjanjian selama 3 tahun. Beliau yang pernah menjadi jurulatih utama dan pernah juga bekerja bersama Steve Clarke di West Ham mempunyai reputasi yang baik serta sangat dihormati dalam permainan. Kehadiran beliau ini sedikit sebanyak akan membawa impak yang besar kepada pasukan

Sejarah dalam pembabitannya di dunia bolasepak ini, beliau telah membuat lebih dari 600 penampilan sebagai pemain ketika berada di kelab West Ham, Wolves, Stoke, Macclesfield dan Wycombe antara tahun 1982-2001. Seterusnya beliau juga telah menhabiskan masa persaraannya dengan dunia kejurulatihan selama 9 tahun. Selama itu juga beliau pernah diangkat untuk menjadi jurulatih utama sebanyak 3 kali dan kali terakhir ketika bersama West Ham pada perlawanan akhir musim lalu ketika menetang Sunderland yang berkesudahan tewas 3-0.

Walaupun namanya agak kurang menyerlah, tetapi sedikit sebanyak diharapkan ideanya dapat memberi sesuatu kebaikan kepada pasukan kita. Semoga beliau dapat menyesuaikan diri dan memberi sumber kejayaan kepada kelab. " Selamat datang ke Anfield". YNWA....
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger