Headlines News :
Home » , , , » Perpindahan musim panas 11/12 - Alexander Doni pemain ke 3 tiba

Perpindahan musim panas 11/12 - Alexander Doni pemain ke 3 tiba

Written By saleehs gerrard on Saturday, July 16, 2011 | 00:02

Setelah dua minggu spekulasi penjaga gawang Roma Alexander Doni mahu tiba di Anfield, akhirnya hari ini spekulasi itu menjadi kenyataan. Doni yang berusia 31 tahun tiba untuk memberi persaingan kepada penjaga gol no. 1 Liverpool Pepe Reina. Walaupun ia nampak seperti akan mengugat kedudukan Reina, tetapi sebenarnya ia adalah persaingan sihat dan akan memberi manfaat besar kepada pembangunan kelab.

Doni yang memegang pasport Itali, menyertai Roma pada tahun 2005 dari Juventude Brazil dan menghabiskan masa selama enam musim dengan Giallorossi. Selama beliau disana, beliau pernah memenangi Coppa Italia pada tahun 2007 dan 2008.

Menurut  pengarah bolasepak Liverpool Damien Comolli "kami gembira untuk menandatangani Doni bagi mengukuhkan pasukan. Dalam jangkamasa yang sama kita akan memberi pendedahan kepada penjaga gol muda kita sebagai pinjaman untuk menimba ilmu bersama kelab lain dalam musim ini". ""Kami telah mendapat penjaga gol yang sangat berpengalaman dalam perlawanan2 penting serta tekanan yang kuat dalam perlawanan antarabangsa bersama Brazil. Musim lalu Doni mempunyai rekod yang amat baik ketika bersama Roma, jadi kami amat gembira menerima kehadirannya".

Tambah Comolli lagi " saya telah memberitahu Lucas tentang Doni, dia amat berbangga dengannya.sebagai penjaga gol. Jadi  saya fikir ia banyak akan membantu kami". " Dia amat sesuai untuk bola sepak Inggeris. Memintas bola diudara serta pergerakkan yang pantas dalam apa jua situasi".

"Apa yang diharapkan walaupun ia menjadi pemain no. 2 disini,  sikap serta mentalitinya ketika berada diluar padang dan bilik persalinan dapat memberi sokongan terhadap Reina. Walaupun begitu Doni kena juga berusaha dan agresif untuk mendapatkan kedudukan no. 1 itu.

Menurut laman web rasmi kelab, tiada dinyatakan berapa lama contrak serta bayaran perjanjian jual beli. Segalanya masih dirahsiakan. Tidak sia2 Dalglish terbang semula ke Melwood dari Malaysia semata2 untuk bersama2 meraikan ketibaan pemain ini. Walaubagaimanapun perlu diingat, sewaktu artikel ini ditulis, Stewart Downing telah pun berada di Melwood untuk menjalani ujian kecergasan. Ini kerana Liverpool telah bersetuju untuk membayar yuran perpindahan sebanyak £20 juta kepada Aston Villa. Apapun kita tunggu keputusannya dari laman web rasmi kelab.

Profile Doni

Full name : Doniéber Alexander Marangon
Date of birth : 22 October 1979
Place of birth : Jundiaí, São Paulo, Brazil
Height : 1.95 m (6 ft 5 in)
Playing position : Goalkeeper



Selamat datang menjadi warga Anfield. YNWA....
Share this article :

2 comments:

  1. ole ole ole!! bila nk dpat defender nie.. adakh king yakin dgn kemapuan defend liverpool.

    ReplyDelete
  2. King mesti tangkap punya defender. tunggu & lihat. pasti apa yang King nak akan dapat...

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger