Headlines News :
.
Home » , » Kelayakan Piala Dunia 2014 - Malaysia 1-1 Singapore. Harimau tersungkur layu.

Kelayakan Piala Dunia 2014 - Malaysia 1-1 Singapore. Harimau tersungkur layu.

Written By Unknown on Friday, July 29, 2011 | 02:31

Agregat : MALAYSIA 4-6 SINGAPORE 

Apa komen anda selepas melihat aksi anak2 harimau bermain malam tadi? Perlukah diberi pujian? Ataupun sepatutnya kutukan. Tepuk dada tanyalah hati masing2. Nak kutuk lebih2, nanti kata bila kalah semua kutuk. Bila menang semua puji melangit. Peminat juga yang kena. Apalah nasib penyokong2 di Malaysia ni yer.

Hoi Rajagopal!! Apa lagi alasan yang bakal kau beri selepas tersungkurnya dari saingan piala dunia ini. Walaupun hati ini tak sampai hati nak mengutuk, tapi jari jemari ini tetap juga nak meluahkan tidak kepuasan yang membelenggu dijiwa. Bayangkan skuad orang tua boleh menjinakkan skuad muda yang kononnya bertenaga. Tak sangka ye, rupanya injin antik lebih power dari injin baru. Pakai turbo kot ni. huhuhu

Jika dibandingkan perlawanan timbal balik tadi dengan perlawanan pertama di Singapore lalu, rasanya permainan skuad kebangsaan lebih bagus lagi pada perlawanan pertama. Walaupun kita dibolosi dengan 5 jaringan, tetapi skuad kita tetap memberi tentangan hebat sehingga dapat merapatkan jurang menjaringkan 3 gol. Tetapi sebaliknya pula berlaku di halaman sendiri. Tak nampak pun kita sering membuat serangan merbahaya. Boleh dikatakan penjaga gol Singapore boleh duduk2 sambil hisap rokok menantikan bola sampai kepadanya. Malangnya musuh seposisinya Khairul Fahmi pula yang bertungkus lumus menyelamatkan gawangnya dari dibocori. Sememangnya Khairul fahmilah hero Malaysia pada perlawanan tadi. Harapkan pertahanan, tetap sama macam dulu, lalai lembik tak bermaya. Tengah langsung tak kreatif. Bila tengah dah tak hidup, jadilah Safee seperti orang gila tanpa arah tujuan. Nampak sangat tiada kelibat Syafiq Rahim, tiada leader yang boleh mengubah corak permainan.


Sememangnya pasukan Malaysia bermain dalam tekanan. Tetapi apa gunanya pengalaman mereka sebelum ini tidak diguna pakai. Kita tidak perlu menyalahkan pemain2 Singapore yang mengambil kesempatan dengan melambat2kan permainan. Memang itulah sebenarnya corak permainan pasukan di Asia Tenggara ni. Bila dah mendahului, pasti buat2 injured dan macam2 lagi. Malaysia kalau dah leading pun macam tu juga. So pandai2lah nak ambil peluang untuk beri tekanan tu pada mereka pula. Tapi apa yang telah diperkatakan tadi, memang kuda tua Singapore power. Kalau tak power masakan tidak boleh gelek sampai 5 orang pemain kita sebelum diselamatkan oleh Khairul Fahmi. Makin tua makin pekat santannya.

Secara keseluruhan, SG tetap menerima kekalahan ini secara terbuka. Kalah atau menang sememangnya adat permainan. Tetapi walaupun kalah, tunjuklah mutu permainan yang tinggi. Biar kalah melawan. Jangan membiarkan diri diperbodoh2kan.

Khas untuk K. Rajagobal
  • Dulu kau kata penyokong Malaysia tak patriotik. Tak nak sokong negara sendiri. Malam tadi kami buktikan bahawa kau salah. 100 ribu membanjiri SNBJ. Walaupun Malaysia kalah di Singapore, kami masih lagi berharap dan memberi sokongan penuh. Masih tak nampak lagi ke?
  • Kau dah tahu pertahanan goyah. Kenapa kau tak buat perubahan drastik? Masih lagi nak kata pemain macam dah kena pukau ke?.
  • Pemain utama cedera dan digantung perlawanan. Habis tu pemain2 lain dalam skuad kau ni, tak boleh pakai ke. Kalau dah tahu macam tu, kenapa ambil dia orang? Pandai ke tak ni pilih pemain?
  • Adakah kau masih nak kata "Singapore bernasib baik kerana telah menjaringkan gol2 mudah" pula. Nak samakan dengan game Liverpool gak ke? Tolonglah jangan menyalahkan atau merendah2kan pasukan lawan.
  • Cakap besar. Tolonglah selepas ini jangan buat perangai macam tu lagi. Biar yakin jangan takbur. Mulut kena jaga. Janganlah asyik nak menyakitkan hati orang lain.
Apapun terima kasih sahabat2ku yang sudi memenuhkan SNBJ malam tadi. Dalam sejarah, tak pernah SNBJ penuh macam malam tadi. Langsung tak ada ruang. 100 ribu maksimum kapasiti. itu belum lagi dikira yang dirumah, restaurant2 dan dataran2. Sokongan kami ini, adakah masih lagi dianggap tidak patriotik lagi? renung2kan..
Share this article :

1 comment:

  1. @ SNBJ mlm td. sesak.xbernafas.cm aritu, kena dok kt tangga.level 3 lak tu.
    xtau nk kata.mrh pon x guna.tp rs cm selamat jg la sbb seri.

    yap btol tu.. penonton dah tunjukkan siapa sebenar TAK PATRIOTIK!
    sekian.


    Hadiah

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger