Headlines News :
.
Home » , , » Perpindahan musim panas 11/12 - Charlie Adam pemain kedua dimiliki.

Perpindahan musim panas 11/12 - Charlie Adam pemain kedua dimiliki.

Written By Unknown on Friday, July 8, 2011 | 23:18

Lewat tengah malam 7 Julai 2011 (waktu England) semalam, laman web rasmi Liverpool FC telah menyatakan bahawa perjanjian kontrak untuk Charlie Adam telah selesai. Ini bermakna, Charlie Adam adalah pemain kedua yang telah berjaya dibawa masuk oleh Dalglish dalam perpindahan musim panas 2011  ini selepas Henderson.

Walaubagaimanapun Kelab tidak menyatakan berapa jumlah sebenar yuran perpindahan serta berapa tahun kontraknya. Apa yang pasti Charile Adam telah bersetuju untuk berada di Anfield untuk jangka waktu yang panjang.

Tahniah kepada Dalglish dan Comolli kerana berjaya membida Charlie Adam dan berusaha mendapatkannya sejak 6 bulan yang lalu. Diharapkan Charlie Adam akan menjadi Xabi Alonso kedua dalam memperkasakan jentera tengah untuk bergandingan bersama Steven Gerrard, Lucas, Meireles serta Henderson. Selamat datang diucapkan dan selamat maju jaya. YNWA..


Profile Charlie Adam

Full name :  Charles Graham Adam
Date of birth : 10 December 1985 (age 25)
Place of birth :  Dundee, Scotland
Height : 1.85 m (6 ft 1 in)
Playing position  :  Midfielder
  • Charlie Adam adalah antara pemain tengah yang menjadi rebutan banyak pasukan di Premier League setelah menunjukkan persembahan yang memberansangkan di Blackpool.
  •  Beliau memulakan kerjayanya di sekuad remaja Dundee antara tahun 1999-2003. Kemudian beliau berpindah ke Rangers untuk memulakan kerjaya profesionalnya dari tahun 2003-2009.
  • Walaubagaimanapun, beliau banyak menghabiskan masanya atas pinjaman. dimana beliau dipinjamkan ke kelab Ross County (2004-2005), St. Mirren (2005-2006). Setelah beliau kembali semula, di bawah pengurus Paul Le Guen dan Walter Smith di Ibrox, beliau berjaya membawa Rangers ke Final Piala UEFA 2008. Tapi musim berikutnya kejatuhan prestasinya membuatkan beliau dipinjamkan ke Blackpool (2009).
  • Kehadirannya di Blackpool telah membantu pasukan untuk melonjak ke Premier League membuatkan beliau ditawarkan kontrak untuk terus bersama Blackpool (2009-2011). Apabila di Premier League kehadirannya mula mendapat pujian serta perhatian kelab2 lain. Liverpool antara pasukan yang benar2 berminat serta telah membuat tawaran pertama pada Januari  lalu tetapi ditolak dan kemudiannya Blackpool menerima juga tawarn kedua pada Julai 2011.
  • Kelebihan : Hantaran yang tepat. Manakala kemahiran untuk mematikan bola dari pihak lawan sangatlah memuaskan.
  • Kekurangan : Jika permainannya tidak ditumpukan 100%, permainannya agak terumbang ambing
  • kejayaan : 12 gol dalam 35 perlawanan untuk Blackpool dalam Premier League 2011, membuatkan ia menjadi perhatian kelab2 lain.
  • Kegagalan : Selepas beberapa siri pinjaman ke kelab2 lain, Nasibnya masih lagi tidak memihaknya di Rangers pada 2008 untuk dipinjamkan lagi ke kelab lain.
  • Gaya : Tajam, tegas. Dia adalah pemain tengah yang boleh menetukan rentak permainan.
  • Adik Adam, Grant, adalah penjaga gol dan bermain untuk pasukan Rangers 'bawah 19 tahun.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger