Headlines News :
Home » , , » Friendly 2011 - Galatasaray 3-0 Liverpool. Asyik kalah je..

Friendly 2011 - Galatasaray 3-0 Liverpool. Asyik kalah je..

Written By saleehs gerrard on Friday, July 29, 2011 | 05:14

Hari ini Liverpool berkunjung ke Istanbul, Turki bagi satu lagi perlawanan persahabatan pra musim 2011/2012 menentang kelab Galatasaray. Tiba ke Istanbul dengan membawa seribu kenangan final Champion League 2005 dengan harapan akan menjadi pendorong mencipta kejayaan dalam mengemaskinikan pasukan.

Malangnya kejayaan yang dicari masih lagi belum dapat dikecapi. Kali ini sekali lagi The Reds dirundung malang dengan menerima kekalahan buat kali kedua berturut2 selepas tewas kepada Hull City minggu lalu. Dua jaringan oleh bekas wira Liverpool di Istanbul 2005, Milan Baros serta satu gol dari pemain simpanan Elmander sudah cukup untuk menewaskan The Reds 3-0.


Apa yang menghairankan, kali ini Dalglish tidak menyenaraikan ramai pemain2 utamanya. Kebanyakkan yang tersenarai adalah pemain2 muda serta sampah yang bakal dilelong kelak. Mungkin kita tertanya2 mengapa Dalglish membuat keputusan sedemikian. Kenapa beliau tidak menurunkan pemain2 utama bagi menstabilkan pasukan. Pelik bin ajaib.

Adakah Dalglish sengaja menurunkan pemain2 sampah seperti Poulsen, Insua, Shelvey, Aquilani dan Joe Cole untuk memberi mereka talian hayat lagi bagi memperbaiki prestasi mereka? Ataupun Dalglish sebenarnya sudah menemui formula bahawa barisan yang diidam2kan selama ini telah pun diperolehi. Jadi Dalglish perlu merahsiakan strategi serta kepowerran Liverpool sehingga waktu yang sesuai nanti. Apapun hanya Dalglish yang lebih mengetahui tentang strategi serta pembangunan pasukan kita ini.

Selepas ini, The Reds akan bertemu dua lagi pasukan dalam perlawanan pemanas badan. Adakah dua perlawanan ini nanti sudah cukup bagi Dalglish memperkukuhkan pasukannya bagi memulakan pertandingan sebenar menentang Sunderland nanti. Kita tunggu dan lihat perkembangan semasa pasukan kesayangan kita ini. Semoga The Reds maju dan bertambah maju serta terus maju selamanya. YNWA.


Senarai pemain Liverpool 

Doni (Jones) "46", Insua, Flanagan, Kyrgiakos, Kelly (Ayala) "70", Robinson (Aquilani) "46", Degen (Kuyt) "46", Shelvey (Spearing) "69", Poulsen (Coady) "82", Cole, Carroll (Wisdom) "82".
Share this article :

3 comments:

  1. masih mencari rentak kenny mampu mengubahnya

    ReplyDelete
  2. erm ak rase Dalglish tue sengaje tak nak bwk kuar player player best die... mst die bajet player player 'sampah' die nie bleh klh kan team lawan tp akhirnya liverpool yg kecundang... ak rase la...

    peace no wars :D

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger