Begitulah kehebatan yang amat sukar digambarkan oleh penyokong2 Liverpool di Malaysia. Siapa sangka dengan keadaan pasukan yang terumbang ambing pada sesi 2010/2011 lalu, rupanya tidak sedikit pun melunturkan semangat bersama pasukan kesayangan ini. Bila diberi peluang berhimpun di SNBJ penuh stadium dengan lautan merah. Dianggarkan lebih 84 ribu penonton bersorak dan bersantai meraikan 9 jaringan samaada untuk Liverpool ataupun Malaysia. Memang sporting penyokong Liverpool. Bersama2 penyokong seolah merasakan kemesraan itu sudah terjalin lama. Bertegur sapa, bersembang2 tanpa mengira bangsa seperti semuanya 1 keluarga. Itulah semangat yang kita pegang serta sanjung selama ini dengan satu slogan "YOU'LL NEVER WALK ALONE" atau YNWA....
Tetapi, selepas perlawanan berbagai2 berita yang kurang enak di dengar dari mulut2 yang iri hati dengan penyokong2 Liverpool ini. Sebenarnya dari sebelum dan ketika perlawanan berlansung lagi ada penyokong2 pasukan lain yang telah membuat provok ingin merosakkan pesta Liverpool ini. Tak cukup dengan memakai jersi pasukan selain Liverpool dan Malaysia, mereka2 ini membawa sepanduk pula ingin membanggakan pasukan mereka. Salah tempatlah kawan nak buat hal macam tu. Itu belum lagi dengan luahan terbuka dua orang kuat pasukan kebangsaan yang kononnya penyokong Liverpool tidak patriotik kerana tidak memakai jersi Malaysia. Macam2 cara mereka ingin menjatuhkan semangat penyokong2 Liverpool ini.
Apa pun jika kita fikirkan kembali, disebalik provok dan kutukkan mereka ini sebenarnya kita sepatutnya berasa bangga. Pasukan Liverpool yang dilanda masalah dalaman suatu masa dulu, berada di rangking ke 6 dalam carta liga rupanya masih ada yang cemburu dan takut dengan pembangunan pantas yang berlaku sekarang ini. Itu belum lagi bermulanya musim 11/12. Kalau dah mula tak tau apa lagi yang mereka2 akan lakukan. Harap2 mereka akan terdiam dan menyepikan diri akibat malu dengan tahap pasukan yang mereka cintakan itu.
"We'll be back, Malaysia". itulah kata2 Ian Ayre. Beliau amat teruja dengan sambutan luar biasa yang tidak pernah mereka alami dalam perlawanan persahabatan selain dimalaysia. Mungkin itulah yang dapat dibayangkan oleh peminat2 Liverpool diseluruh dunia bahawa kapasiti penonton lebih 84 ribu ini bakal memenuhi stadium baru Liverpool di Stanley Park. Sudah pastinya penyokong2 di Malaysia menyambut baik dengan impian Ian Ayre itu. Kalau dulu hajat pasukan untuk ke Malaysia tidak kesampaian akibat tajaan dari Carlsberg, tetapi kini setelah diambil alih oleh Standard Chartered pintu negara ini sentiasa terbuka. Semasa tajaan Carlsberg sememangnya sukar bagi peminat untuk mengayakan jersinya. Tapi kini tidak lagi. Pak2 Haji pun dah tak rasa bersalah memakai jersi Liverpool di restauran2 sambil layan game. Memang fantastik. Terima kasih Standard Chartered.
Untuk akhirnya, semoga penyokong Liverpool dapat bersatu kembali berhimpun seandainya impian Ian Ayre ini menjadi kenyataan. Walauapapun terjadi musim hadapan dan selamanya hati kita tetap bersama Liverpool dan Malaysia. YNWA....
TERBAIK DARI LADANG....
HAHA penyokong Malaysia sikit je eh?
ReplyDeletedua dekad tanpa tropi prestij bukan bermakna akan kekurangan sokongan...x cam tim jambatan ngan setan..sokong ms mng je..
ReplyDeleteKerana LiverpoolFC episode 1
Kerana LiverpoolFC episode 2
Kerana LiverpoolFC episode 3