Hari yang sepatutnya dihargai dan dikenang oleh segenap rakyat Malaysia selagi hayat dikandung badan. Hari yang mencatat sejarah kegemilangan negara kita yang diberi nama, Malaysia. Aku masih ingat lagi beberapa tahun yang lalu, pada waktu kita diperkenalkan dengan bendera kecil yang dilekatkan pada kederaan. Pada waktu itu, aku rasa hari kemerdekaan itu umpama hari yang begitu gemilang sekali. Hampir semua kenderaan ditempelkan dengan Jalur Gemilang, bahkan basikal juga tidak ketinggalan menjadi mangsa keadaan.
Tetapi hari ini… sunyi, sepi dan tiada ‘aura’ merdeka. Aku tak jumpa walau satu kenderaaan pun yang bermegah dengan Jalur Gemilang padanya, kenapa? Aku tidak tahu jawapannya…Namun begitu, bagi diri aku… Hari Kemerdekaan akan lebih seronok kalau…
- Orang Melayu masih pandai menjaga tanah tumpah darahnya. Masih pandai menjaga tanah tinggalan datuk neneknya. Bukan hanya pandai menjual tanah tinggalan moyangnya. Kalau dulu orang Melayu boleh bangga “ini negara aku” sebab masih punya tanah untuk dibanggakan… kini… mana tanah tu?
- Orang Melayu berupaya memerintah dengan kehebatan Melayunya. Bersatu dan berupaya berbincang dengan rasa ‘kekitaan’. Tapi kini… korang ikut group melayu yang mana?
- Orang Melayu bangga dengan bahasanya. Semua orang berkomunikasi dengan bahasanya. Menulis dengan bahasanya. Papan tanda dengan bahasanya. Tetapi kini… dimana bahasa Melayu? Sedang dipinggir dinegaranya sendiri, oleh orangnya sendiri. Malu dituturkan oleh penggunanya sendiri.
- Orang Melayu bijak berekonomi dan saling membantu membangunkan ekonomi bangsanya. Apa yang ada? Adalah sekerat dua yang boleh dibanggakan, namun mereka itupun lebih mementingkan periuk nasi sendiri. Biar jiran tak makan nasi asalkan ‘aku’ dapat makan KFC. Tiada semangat membangunkan Melayu, yang ada sekadar bergambar dengan cek besar untuk menjadi kebanggaan dan tontonan. Hendak berniaga tiada modal katanya… tapi boleh tertipu dengan skim cepat kaya berpukal-pukal banyaknya.
- Malaysia lebih dikenali kerana orang Melayu. Aku perhatikan, orang luar menyangka Malaysia ini bukan orang Melayu majoritinya. Kenapa? Sebab yang membawa Malaysia bukan orang Melayu. Orang datang melawat.. bukan Melayu yang menjadi jurupandu, orang bincang tentang ekonomi… bukan Melayu tampuknya, orang merasa makanannya… bukan Melayu yang memperkenalkannya, orang bertanya tentang sejarahnya… bukan Melayu yang arif tentangnya.. jadi dimana Melayu? Kalau tak percaya.. tonton Astro.
- Orang Melayu berpegang pada agama Islamnya. Malu…malu… siapa yang ramai buang bayi? Siapa yang ramai berseluar ketat dan berbaju singkat? Siapa yang tidak tahu aurat itu apa? Siapa yang tidak tahu.. menutup aurat itu wajib tanpa mengira siapa ‘aku’? Si Melayu ketawa berdekah-dekah meminum arak.. sikafir ketawa berdekah-dekah dan berkata “tengok itu Melayu.. kasi wang sikit , Islam pun dia lupa.”
- Ada banyak lagi…
Kalau lah semua itu hanya mimpi… tentu Merdeka lebih indah lagi….
p/s : …Entri ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa samada yang hidup atau telah meninggal dunia dan ia tidak bertujuan untuk mempengaruhi mana-mana pihak…
~""~
..Sale_ehs Gerrard
semoga di hari kemerdekaan ini memberi keinsafan kepada muda-mudi serta generasi baru akan erti sebenar kemerdekaan. kemerdekaan bukan bererti kebebasan mutlak. apabila kebebasan mutlak diambil kira sebagai erti kemerdekaan lambat laun akan musnah nilai-nilai murni bangsa melayu.
ReplyDelete