Headlines News :
.
Home » , » Peluang terakhir Reds ikat Torres

Peluang terakhir Reds ikat Torres

Written By Unknown on Tuesday, August 3, 2010 | 15:19

MADRID - Penyerang Liverpool, Fernando Torres akan meninggalkan Anfield untuk menyertai Chelsea pada musim panas depan, jika skuad Reds gagal merangkul sebarang trofi musim ini, kata bintang penyerang Barcelona, David Villa. 


Villa, yang merupakan gandingan Torres ketika membawa Sepanyol menjulang Piala Dunia, bulan lalu percaya, sudah tiba masa buat rakan senegaranya itu untuk membuat penilaian semula, selepas dikaitkan dengan perpindahan ke juara Liga Perdana, Chelsea.

Walaupun Torres memilih untuk kekal di Merseyside sekurang- kurangnya semusim lagi, Villa memberi amaran, kegagalan Liverpool memenangi sebarang trofi atau layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim ini akan membawa kepada penamat karier Torres bersama Reds.

"Satu-satunya sebab Nando (Torres) meninggalkan kelab yang amat disayanginya, Atletico (Madrid) adalah kerana dia tahu, dia perlu berada di sebuah kelab yang mampu memenangi penghormatan tertinggi - namun itu tidak berlaku di Liverpool.

"Saya cintakan Valencia tetapi saya tahu saya kena pergi jika saya mahu meraih lebih banyak pengiktirafan dalam bola sepak.

"Ini adalah peluang terakhir Liverpool untuk mengekalkannya. Mereka perlu membuktikan bahawa mereka mampu memberi cabaran untuk merebut kedudukan teratas musim ini, atau dia akan pergi,'' kata Villa kepada akhbar Daily Star.

Penyerang Sepanyol berusia 28 tahun itu juga mengakui, dia amat terkejut dengan keputusan Torres untuk tidak meninggalkan Liverpool bagi menyertai Chelsea pada musim baru ini.

"Saya sebenarnya agak terkejut. Nampaknya Nando akan kekal (di Liverpool). Selepas saya bercakap dengannya pada Piala Dunia lalu, saya fikir dia akan pergi ke Chelsea.

"Saya rasa mungkin Chelsea yang tidak dapat memenuhi permintaan Liverpool kerana jika tidak, sudah tentu Nando akan berpindah,'' dedah Villa lagi.

Villa juga percaya, wang bukan perkara yang mampu menjadi motivasi kepada rakan baiknya itu, sebaliknya sebab utama Torres tidak gembira di Liverpool adalah kerana dia mahu memenangi kejuaraan.

Ketika pemain itu sedang berada di kemuncak prestasinya, ketiadaan Torres di pentas Liga Juara-Juara benar-benar mengecewakan Villa.

"Torres sangat gembira di Liverpool dalam semua aspek, kecuali bola sepak. Dia sukakan bandar raya itu, peminatnya dan semua rakan-rakan sepasukan. Cuma, dia adalah penyerang terbaik dunia, maka dia perlu mengukuhkan reputasi.

"Dia tidak akan pergi ke Manchester City kerana padanya, wang bukan segala-galanya tetapi kalau Liverpool terus gagal untuk memenangi sebarang gelaran musim ini, saya percaya dia akan berada di Chelsea.

"Dia dijanjikan beberapa perkara di Liverpool tetapi ia tidak berlaku. Mereka kata, mereka akan membentuk sebuah pasukan yang mampu mencabar Manchester United untuk kejuaraan liga tetapi itu tidak berlaku.

"Mereka sebaliknya menjual Xabi Alonso tahun lalu dan akan menjual Javier Mascherano musim ini. Saya boleh memahami kekecewaan yang dirasai Nando.

"Penyerang terbaik dunia tidak bermain pada Piala Eropah pada kemuncak prestasinya, itu tidak betul. Jika jurulatih baru dan pemain dapat memenangi sesuatu musim ini, saya yakin dia akan kekal, jika tidak, dia akan pergi dan tiada siapa yang boleh menyalahkannya,'' ujar Villa lagi. - Agensi

~ Utusan Malaysia 03/08/10 ~

p/s : Cepat ler ko berambus wahai Tom Hicks dan George Gillett. Korang le punca kejatuhan. 



Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger