Kenny Huang, Pengerusi Syarikat Pelaburan QSL Sports Ltd dari Hong Kong, dipercayai sedang berbincang dengan Royal Bank of Scotland dalam usaha mendapat pemilikan penuh terhadap kelab tersebut, yang dibuka untuk jualan semenjak April lalu.
''Perjanjian itu perlu dicapai sebelum pintu pasaran ditutup pada 31 Ogos nanti.
''Huang telah melakukan kertas kerja yang menyakinkan. Ahli majlis kelab terpaksa melakukan penjualan dan ia dijangka akan selesai dalam masa beberapa hari dari sekarang, '' kata sumber Huang kepada BBC Sport.
Huang telah menawarkan Liverpool untuk menjelaskan hutangnya dan memberikan dana kepada pengurus baru, Roy Hodgson untuk membeli pemain baru. Taikun itu juga berhasrat membantu Liverpool membina stadium baru.
Dia dilaporkan telah menolak peluang membeli Liverpool pada tahun 2008 kerana berpendapat nilai sebanyak 650 juta pound (RM3.24 bilion) terlalu tinggi dan dia telah menilai jumlah sebenar kelab itu adalah sekitar 350 juta pound (RM1.74 bilion).
Pemilik Liverpool, buat masa sekarang, Tom Hicks dan George Gillett, kedua-duanya dari Amerika, membeli kelab itu pada Mac 2007 dengan jumlah 218.9 pound (RM1.09 bilion). - AFP
~ Utusan Malaysia 03/08/10 ~
p/s : semoga dgn kadar segera menjadi kenyataan.. Dana tu penting oiii... ada sebulan lg ni nak beli player.. mantapkan pasukan..
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !