Siapa kata kos perbelanjaan sekolah UMNO mahal?
Hari ni Spy hantar anak masuk sekolah tahun 2. Orang rumah Spy pi hantar anak yang lagi satu umur 6 tahun masuk tadika PASTI. Pasal apa Spy pilih PASTI, bukankah ini geng bulan punya tadika? Haaa…sebelum DS Najib buat kerajaan perpaduan, Spy dah praktikkan terlebih dulu Unity Government ni baiii.. Kira Spy lagi advance lahh…hehehe..
Tapi kali ni Spy nak cerita pasal pengalaman Spy hantar anak masuk tahun 2 ni. Anak Spy tak ada masalah. Tak nangis atau meroyan nak balik. Maklumlah.., kan dah tahun 2.
Cerita dia mula macam ni, mula-mula semuanya ok. Cikgu-cikgu pun senyum menawan saja setiap kali Spy bersembang dengan depa. Rasa macam nak tambah bini lah pulak. Ikut sunnah Nabi baiii…., tapi semua saat-saat indah ni terhenti bila sampai time nak bayar kos sekolah.
Bukan Spy yang buat kecoh, Spy ni sentiasa kool saja baiii… Tapi ada sorang mamat PAS ni yang buat bising sampai semua orang terpinga-pinga. Ingatkan anak dia hilang, rupanya mamat ni bising pasal kos perbelanjaan anak dia yang tahun 2 tu mahal sangat katanya.
Dulu kata mamat ni, dia hanya bayar RM 55.50 untuk anak dia yang sorang lagi, tapi sekarang ni kenapa dia perlu bayar RM70.50 untuk anak dia yang baru nak masuk tahun 2 ni? Puas jugaklah cikgu-cikgu yang cun disekolah tu nak explain kat mangkuk PAS sorang ni.
Yang bestnya, dia tak terima pun apa penjelasan cikgu tu. Dia asyik dok meroyan sampai budak-budak yang baru masuk kelas pun ternganga semuanya.
Spy ingatkan habis disitu saja bila dia bayar semua kos tersebut, tapi ada lagi rupanya yang dia tak puas hati. Pengikut Nik Aziz ni start membebel salahkan UMNO dan kerajaan pulak. Spy dengan gaya kontrol macho…, terus tanya dia, kenapa pulak nak salah kan UMNO? Apa kena mengena UMNO dengan perbelanjaan sekolah budak darjah 2?
Wah…lagi bisinglah mamat berkopiah sorang ni. Dia terus meroyan kata Menteri Pendidikan tu orang UMNO. Lagipun Menteri pendidikan tu kan Timbalan Perdana Menteri katanya. Jadi semua kos sekolah yang mahal ni mesti kerana UMNO nak rompak duit rakyat miskin kata dia lagi sambil buat muka garang.
Kebetulan masa tu orang rumah Spy sampai selepas dia selesaikan urusan anak Spy yang masuk PASTI tu. Terus dia hulurkan kertas yuran dan kos persekolahan PASTI pada SPY. Mak aihhh…budah 6 tahun kena bayar sampai RM211.00. Itu belum campur lagi derma untuk Persatuan dan juga Insuran Takafful.
Spy pun apa lagi…, terus bawak kertas kos perbelanjaan PASTI tu pada mamat PAS mangkuk hayun tadi tu. Spy kata kat dia, “kalau sekolah UMNO tahun 2 baru RM 70.50, tadika PAS lagilah teruk sebab budak 6 tahun pun nak mengaji kena bayar RM211 tak termasuk insuran dan PIBG”.
Spy sambung lagi, “kalau tadika PAS pun macam ni punya mahal, cuba encik bayangkan kalau Nik Aziz atau Mahfuz yang jadi menteri pendidikan ganti TS Muhyidin? Rasanya masa tu lagi baik encik ajar sendiri anak dirumah saja kerana tak mampu nak bayar yuran sekolah”.
Heheheh..daripada muka mamat kopiah tu merah pasal tunjuk garang kat cikgu cun tu, terus muka dia jadi hijau bendera PAS lepas Spy tunjuk kertas perbelanjaan PASTI tu kat dia. Terus dia jalan laju-laju keluar dari kawasan sekolah sambil cucuh rokok sebelum masuk kereta.
Korang nak tau dia naik kereta apa? Naik Toyota Camry baru tu baiiii….rega dia pun dah cecah 150K tuuu.. Tapi punyalah kedekut nak mampos pasal RM 70 hinggit duit sekolah pun bising nak bayar. Spy yang naik kereta binatang ni pun tak kedekut macam tu.
Akhirnya, Spy berjaya jugak dalam misi menyelamatkan cikgu cun tu daripada penyangak parti bulan. Senyum dia bila Spy minta diri nak balik lepas tu. Tak sempat nak kenyit mata kat cikgu tu pasal orang rumah Spy kat sebelah dah buat muka macam Godzilla nak pi perang dengan Ultraman.
Besok…, Spy ingat nak kena tunggu lagi tiap-tiap hari selama seminggu kat sekolah tu temankan anak Spy sambil jaga cikgu cun tu. Manalah tau kalau-kalau penjahat tu mai lagi kannn…Ikhlas ni baiii…takdak konar-konar punya….hehehehe..
Spy Leman melaporkan dari Kedai Ikan Bakar Ampang Jajar, P,Pinang.
Apa pendapat anda mengenai email diatas? Apa yang aku tahu, orang yang hantar email ini sememangnya berkarat betul dengan Parti Kerajaan. Aku akui apa yang dikatakannya sememangnya ada kebenaran. Tapi walaupun aku ini sebagai orang yang berhaluan kiri, ada kata2nya yang aku setuju & ada juga yang tidak. Untuk makluman aku bukanlah terlalu berkarat & taksub pada parti aku ini. Ada juga benda yang aku kurang berkenan dimata hatiku. Dipendekkan cerita, yang salah tetap salah tak kira BN ataupun PR.
Apa yang aku tak setuju?
1) Sepatutnya dia tidak boleh membandingkan kadar yuran Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dengan sekolah bantuan kerajaan. Tidak kiralah PASTI ataupun Pusat2 asuhan swasta yang lain, dia kena faham, PASTI tiada dana atau peruntukkan untuk menampung kos pengurusan. Dibandingkan dengan Tadika KEMAS, ia mendapat peruntukan dari Kementerian Luar Bandar. PRA Sekolah, Sekolah Rendah & menengah pula mendapat peruntukan dari Kementerian Pelajaran. Sekiranya nak PASTI juga semurah sekolah milik Kerajaan, adakah kementerian yang sudi nak menaja. Sememangnya yuran untuk anak2 PASTI ini menjangkau lebih RM200 & bulanannya pula menjangkau RM70, tapi perlu diingat, dengan bayaran itulah sebenarnya untuk membayar gaji tenaga pengajar & pengurusan. Bayangkan berapa sahaja gaji yang guru2 disitu dapat.
2) Soal mahal ke murah yuran itu soal no. 2. Ini kerana kita sebagai ibu bapa sepatutnya lebih mementingkan kualiti & keberkesanan tahap pendidikan keatas anak2 kita. Disini aku cuba sedikit membuat perbandingan PASTI & Tadika KEMAS (senang nak bandingkan tadika antara tadika). Anak aku sememangnya aku hantar ke PASTI. Ini tahun kedua (6 tahun). Sekarang ni, cuba suruh dia membaca.,walaupun belum lancar, tapi dia boleh membaca rumi & jawi, Bahasa Melayu, ingeris & juga bahasa arab. Mukadam tu memang dah mainan dia. Untuk makluman, aku & isteri jenis insan bekerjaya. Jadi masa untuk mengajar tu kurang. Malam je, itupun kadang2. Kiranya 95% lebih mengharap PASTI. Anak buah aku pula belajar di Tadika KEMAS. Walaupun dia sekarang dah darjah 2, tapi dari segi pembelajaran memang jauh bezanya. Bab menyanyi & menari, memang tip top. Dan bukannya anak buah aku sahaja, beberapa guru yang mengajar darjah 1 membandingkan PASTI dengan tadika2 yang lain, bahawa pelajar2 PASTI lebih kedepan dari semua aspek. Jadi persoalannya, adakah kita lebih berkira membayar dengan harga mahal tetapi kualitinya terjamin. Beruntung tak kita bila anak2 kita didik ilmu dunia akhirat ketika dia masih kanak2 lagi.
3) Sekiranya akan datang Mahfuz atau Tuan Guru jadi menteri pelajaran, aku yakin sistem pendidikan akan lebih terjamin. Nak kata mahal tak mungkin sebab masa tu kerajaan milik mereka, jadi dana tu dah tentu ada. Aku rasa lebih murah lagi dari sekarang yang penuh yuran2 mengarut saja.
Apa yang aku setuju?
1) Tak kira sesiapa pun akan bersifat taksub terhadap sesuatu. Lagi2 terhadap parti dan juga pemimpin. Semua yang mereka kata betul sahaja. Tiada cacat celanya. Bagi aku, ia hanya akan memusnahkan parti itu sendiri. Ibarat tidak melihat dunia luar seperti katak bawah tempurung.
2) Sememangnya aku banyak kali dah jumpa, tak kiralah geng BN atau PR, apabila sudah kaya, semakin kedekut, berkira & ingin menambah kekayaan lagi dari hasil orang lain. Nak kata macammana, kopiah cuma sebagai lambang saja dan bukannya mencerminkan keperibadian.
Moral
Sepatutnya Sekolah2 naungan kerajaan pusat ini boleh memberi lebih murah lagi dari yuran sekarang. Cuba bayangkan seandainya dana2 untuk membina projek2 mega yang tidak memberi manfaat seperti Menara Wawasan tu diagihkan kepada anak2 Malaysia dengan sewajarnya sambil meningkatkan mutu pembelajaran yang sedia ada.
Sepatutnya tidak kira sekolah berkaitan PARTI, Swasta atau Kerajaan, mereka kena berlumba2 untuk memberi tahap pendidikan yang terbaik. Ini kerana hasil kecemerlangan mereka mendidik, anak2 inilah yang bakal menjadi pemimpin untik mencorak kegemilangan negara dimasa akan datang. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tetapi tidak juga berguna seandainya ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus, tetapi dia sendiri berjalan serong.
p/s: Alhamdulillah anak aku sudah memulakan pembelajaran di PASTI AS SALAM Kampung Bandar, Banting untuk tahun kedua. Pada tahun ini, aku tengok sambutan terhadap PASTI kampungku ini semakin menggalakkan. Walaupun mahal, ada yang masih cuba merayu untuk dimasukkan anaknya kesini. Tak kira apa jua fahaman ibu bapanya, mereka meninggalkan semangat kepartian demi kecemerlangan anak2 mereka. Alhamdulillah...
maya suka coretan ni..penelitian terhadap semua aspek di ambil kira...memang betul pendapat tn blog...maya tak sokong mana2 tak taksub...cuma pijak di bumi yang benar...Islam no satu...bukan parti...
ReplyDelete:):):)
ReplyDeletenice
memang terbaeekkk!!!!
orang bulan memang nampak salah bn jer,depa jaga satu negeripun ......
ReplyDeletePink Pearl Lady : Maafkan saya andainya apa yang saya katakan ini salah. Seperti yang saya katakan tadi, bab salah menyalahkan ini tidak hanya pada parti Pas & pembangkang sahaja. Di dalam BN juga wujud keadaan begini. Tuduh menuduh, fitnah & saman malu & macam2 lagi.
ReplyDeleteUntuk pengetahuan, Kenapa sifat pembangkang begini. Andainya tiada pembangkang, apa akan terjadi. Dengan adanya mereka, sekurang2nya mereka dapat menghalang rancangan kerajaan didalam pembaziran. Selain itu, walaupun mejoriti msh dimiliki oleh kerajaan, setiap usul pmbangkang akan cuba meneliti secara terperinci(nak tunjuk contoh yg baik ler katakan).
Lagipun ada juga idea2 pembangkang yg diterima pakai oleh kerajaan seperti contoh cuti bersalin 90 hari yang sblm ini telah laksanakan di kelantan.
p/s: Nak jadi orang yang pelik, bacalah semua akhbar, baik Utusan, Berita Harian, Harakah, Malaysia kini dan sebagainya. Bila kita baca semua sbnrnya kt akan dpt menilai siapakah yg berada dijalan yg benar.
huhu tak brni nk komen ttg politik ni.kite duk tgh2 mn yg baik disokong,mn yg byk hal kite diam dan perhati je.pening kpla awal mgu sekolah byk btl keje sekolah si kembar..mamanye pun letih he3.... apa2 pun betul Islm no 1.politik hanya rencah kehidupan
ReplyDeletesaya tidak berminat dengan politik..dan tidak memihak mana2 parti(brdasarkan cerita dia tas)..sya akui saya org bukan org haluan kiri..
ReplyDeletetapi yang saya nak tekankan di sini keperibadain tulah yang membawa kita di mana sahaja..x kiralah jjika kita berada di pihak mana.rakyat kita rakyat bersopan santun,dalam islam juga menggalakkan perkara ni..x salah kita berbincang dengan baik dari kita menjatuhkan air muka sendiri di hadapan ramai orang..ok,iniluahan peribadi saya sahaja..pe pun,menarikkkkkkkkk!
Mahal atau murah bukan masalahnya..
ReplyDeleteJika kualitinya terbukti maka tiada siapa yang berkira tentang kosnya...
saye setuju..!hal berkaitan pendidikan xyah dicampur adukkn dgn politik...ni lah contoh manusia yg terlalu taksub dgn politik...
ReplyDeletehe...he....kalau nak free suruh dia bukak sekolah sendiri lagi best. negara jiran mana ada macam malaysia bantu sini bantu sana pasal budak sekolah.
ReplyDeletemasuk tadika pandai menyanyi menari..
ReplyDeletemasuk pasti pandai mengaji
pilih la mana yang berkenan di hati..hehe
sangat setuju dengan si para2 hehehehe
ReplyDeletemengaji lah dulu...menyanyi tue belajar sendiri tak apa..kalau salah tak dosa..kalau mengaji salah kan dosa..
mahal ke murah ke bukan persoalannya... yg penting ilmu yg kita dpt... betul tu anak saya kat tadika Kemas pandai menyanyi, mewarna... bab2 agama ni saya hantar kat kelas KAFA... alhamdullilah dah pandai membaca muqaddam dan ayat2 lazim... pemimpin ari ni jgn fikir hanya nak lahirkan insan seni yg berlambak di pasaran... nanti negara kita ketandusan cerdik pandai dlm bidang agama dan bidang kritikal yg lain....
ReplyDelete