Headlines News :
.
Home » , , » Si Torres yang membawa La Nina dan El Nino kepada peminat

Si Torres yang membawa La Nina dan El Nino kepada peminat

Written By Unknown on Sunday, January 30, 2011 | 07:04

Minggu ini semua mata peminat tertumpu ke arah Liverpool. Setelah berjaya mencatat dua kemenangan berturut2 dibawah kendalian King Dalglish, Liverpool juga telah berjaya membawa Luis Suarez ke anfield dengan harga sekitar 26.5 juta. Semua peminat begitu teruja dengan perkembangan terbaru The Red ini.

Walau bagaimanapun, pada hari jumaat lalu juga, disebalik kegembiraan menyambut kedatangan Suarez, peminat dikejutkan dengan surat memohon berpindah ke kelab lain oleh pemain kebanggaan kita. Pemain itu tidak lain lagi ialah Torres. Dengan minat yang bersungguh2 ditunjukkan oleh Chelsea, Torres nampaknya begitu teruja untuk meninggalkan Liverpool yang telah banyak mengembangkan karier serta namanya. Liverpool meletakkan harga untuk Torres sebanyak 50 juta.

Terkini Chelsea telah mengemukakan bidaan 40 juta terhadap Torres. Bidaan itu berupa 35 juta serta 5 juta untuk pemain remaja Daniel Sturridge. Harga ini 10 juta kurang dari harga tawaran serta ditolak mentah2 oleh Liverpool (rasanya Comolli). Kalau SG, letak saja 80 juta. Berani ambil ler.

Tapi rasanya, 50 juta itu pun sudah berbaloi. Dengan pembelian Suarez dan penjualan Torres, Liverpool sudah untung sekitar 25 juta. Dengan 25 juta tu, Comolli boleh beli pemain2 yang lebih muda dan bertenaga lagi. Biarkanlah kalau Torres nak pergi pun. Pendapat SG, orang yang hatinya sudah tawar bersama kelab, eloklah dibuang sahaja. Walaupun bertaraf 10 bintang sekali pun, tetapi hanya badan sahaja dipadang, jiwa diluar, hanya merosakkan pemain2 lain serta kelab. Cuba ingat kembali, bagaimana dia bermain untuk tempoh separuh musim ini. Seperti bermain dipadang setakat memanaskan badan sahaja. Cuma akhir2 ini saja ada perubahan.

Sekiranya Torres mengenang jasa peminat serta kelab, dia akan setia di Anfield. Jika dia berfikiran sebaliknya, teruskanlah kehendaknya. "Patah tumbuh hilang berganti".Ramai lagi diluar yang lebih hebat darinya. Bagi SG, biar hilang Torres, jangan hilang kapten fantastic "Steven Gerrard". Mau ramai yang bunuh diri nanti. huhuhhu.
Share this article :

3 comments:

  1. ya, jgn hilang gerrad... tpi arap sgt torres kekal.. :)

    ReplyDelete
  2. kalau hilang gerrard...kapten SG kena tukar tittle...hahah

    ReplyDelete
  3. hmm torres merosakkan mood Liverpool tuk bergembira..takut lepas ni kalau kalah mungkin sebab die ni..King Kenny kena cua untuk kekalkan torres sehingga habis musim dan baru cakap2 perpindahan..

    macam kes Gerrard nak ke CHelsea dulu lak ni..harap x jadi :P

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger