Headlines News :
.
Home » , » Game 19 BPL 10/11 - Liverpool 2-1 Bolton Wanderers

Game 19 BPL 10/11 - Liverpool 2-1 Bolton Wanderers

Written By Unknown on Sunday, January 2, 2011 | 02:14

Walaupun Liverpool Menang, aku tetap juga benci pada Roy Hodgson. Tolonglah pecat dia sekarang..

Nampaknya, Joe Cole menjadi penyambung nyawa bagi Roy si orang tua tak sedar diri. Jaringannya pada minit2 terakhir perlawanan memberi keceriaan Roy. Bagai sudah terbayang nasib yang bakal menimpa dirinya selepas perlawanan, nampak kemurungan wajah Roy lagi2 ketika Bolton sedang mendahului 0-1.

Sebenarnya, ikutkan hati aku, aku dah malas nak tengok game hari ini. Tapi disebabkan masih ada lagi rasa sayang pada kelab, Steven Gerrard serta rakan2, aku gagahkan juga menghadapi apa jua keputusan perlawanan ini. Harapkan Roy, memang aku dah blacklistkan nama dia. Nak tengok muka dia yang asyik gigit2 kuku tu pun aku dah menyampah. Inikan lagi niatnya untuk terus melatih Liverpool. Blah ler kau.


Permainan nampaknya seperti tidak menyebelahi Liverpool pada malam ini. Beberapa peluang keemasan banyak disia2kan oleh Maxi, Torres, Ngog & Lucas. Sudah terbayang malam kehancuran akan berterusan. Tetapi setelah masuknya Kapten Fantastik Steven Gerrard mengantikan Meireles, nampak kombinasi serangan semakin menjadi. Ini terbukti apabila dua hantaran Gerrard berjaya disudahkan oleh Torres & Joe Cole untuk memberi kemenangan mutlak 2-1.


Walaupun Liverpool menang, aku tetap tidak gembira selagi kaki insan bernama Roy Hodgson masih memijak bumi anfield. Aku harap henry dapat merealisasikan impian penyokong2 The Reds untuk menyahkan Roy dari bumi Anfield. Aku berharap.........dan terus berharap... Moga dimakbulkan.
Share this article :

5 comments:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger