Headlines News :
.
Home » , , » Piala Sumbangsih 2011 - Selangor 0-2 Kelantan. Hilangnya piala di genggaman

Piala Sumbangsih 2011 - Selangor 0-2 Kelantan. Hilangnya piala di genggaman

Written By Unknown on Sunday, January 30, 2011 | 04:09

Selepas memenangi Piala Malaysia di akhir musim 2010 lalu, kejayaan pasukan Kelantan berterusan malam ini apabila menjuarai Piala Sumbangsih setelah menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam. Selangor menjadi ramalan awal untuk menjuarai piala ini akhirnya tersungkur dengan mutu permainan pasukan Kelantan yang menghiburkan.

Selangor terpaksa membenarkan piala yang dimenanginya pada tahun lalu diberi kepada pasukan Kelantan dengan rasa cukup kecewa. Bermain dilaman sendiri dan hanya dihadiri 35 ribu penonton (kebanyakkannya penyokong Kelantan) gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain2 Selangor. Kawalan bola yang hancur serta persefahaman yang masih belum berkesan menjadikan selangor berputih mata untuk memperolehi piala pertamanya musim ini serta gagal memperolehi 3 mata untuk perlawanan pertama Liga Super.


Kelantan memperolehi gol pertamanya melalui sepakan penalti yang di jaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha setelah Mohd. Razman Roslan yang menjatuhkan Mohd. Nurul Azwan Roya di dalam kawasan sendiri pada minit kelapan. Gol kedua pula hadir pada minit ke 84 setelah Ketua pasukan Kelantan, Mohd.Badhri Radzi membuat tendangan percuma cantik dari sebelah kiri pintu Selangor melepasi jangkauan penjaga gol Selangor Iqbal Suhaimi.

Apa yang menduka citakan, masih lagi berlaku insiden2 penonton membuat kecoh di stadium. Ini kerana permainan terhenti hampir 10 minit pada minit ke-62 setelah penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman dan mercun ke arah padang. Siapa lagi yang harus dipersalahkan lagi?

Bagi Selangor diharap kekalahan ini memberi pengajaran terbaik untuk pasukan untuk bangun kembali mengejar misi 3 piala selepas gagal menjulang Piala Sumbangsih.

p/s : Memang niat dihati SG nak pergi stadium. Tapi mengenangkan insiden pergaduhan tahun lepas, bosan jadinya nak tengok game di stadium.Hanya 35 ribu sahaja penonton yang hadir. Nampaknya penyokong2 Selangor dah mula memboikot perlawanan bertemu Kelantan. (Bosan dengan kerenah2 penyokong Kelantan).
Share this article :

3 comments:

  1. alamak.. Selangor tak menang..
    lain kali cuba lagi ok?
    selalu support Selangor!!

    ReplyDelete
  2. ceh alsn boikot match konon..smbg je lbh...

    ReplyDelete
  3. Anonymous?-huh. x gentle sungguh le. Brani letak ler nama dgn link.

    Mmg knyataan. orang pegi stadium nak bersantai. Support liga Malaysia bkn nak tgk rusuhan, gaduh, mercun. Nak bawak anak bini pun x sronok dah. Tkt keselamatan dia org terganggu.

    p/s : bukan sombong: tp profesional. Menang ke kalah tu adat le.

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger