Headlines News :
Home » , , , » Akhirnya doa peminat dimakbulkan. Roy Hodgson dah berambus.

Akhirnya doa peminat dimakbulkan. Roy Hodgson dah berambus.

Written By saleehs gerrard on Saturday, January 8, 2011 | 21:34

Setelah 6 bulan penyokong dan peminat Liverpool menanggung derita, hari ini pada tarikh 8 January 2011, dengan sukarelanya insan bernama Roy Hodgson telah meninggalkan Liverpool dengan seribu kedukaan dan kehampaan.

Dalam perbincangan bersama pihak pengurusan, Roy mengambil kata sepakat untuk meninggalkan Liverpool. Atas desakkan peminat, nampaknya NESV tiada pilihan lain untuk menjaga reputasi kelab. Itulah bagusnya pengurusan Liverpool, mereka tidak akan memecat sesuka hati seperti kelab2 lain. Apa yang terjadi pada perletakan jawatan Rafa Banitez juga berdasarkan kata sepakat dipersetujui bersama.

Nampaknya Kenny Dalglish menjadi mangsa keadaan, apabila dilantik buat sementara waktu untuk mengisi jawatan pengurus ini. Buat masa ini, tiada spekulasi nama2 besar yang disebut2 untuk menjawat secara tetap jawatan ini. Harap NESV dapat memilih mereka yang benar2 berkualiti dan terbukti telah banyak memberi kejayaan kepada kelab yang diuruskannya.

Diharap kita dapat bersabar dan bersama2 mengikuti perkembangan terkini siapa Manager terbaru yang bakal mengisi kekosongan ini. Apa pun buat masa ini, kita seharusnya memberi kepercayaan penuh pada King Kenny untuk menerajui kelab.
Share this article :

3 comments:

  1. malam esok kita tgk sama2 bro...

    ReplyDelete
  2. harap esok kenny dpt tunjukkan kegembiraan utk kita n the geng di old toilet..YNWA FOREVER!!!

    ReplyDelete
  3. ya lega hodgson dah berambus tapi keng kenny menghadapi tugas pertamanya yang memang BERAT!!!! Sama2lah kita menyokongnya...

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger