Headlines News :
.
Home » , , » Hari pertama percutian Sabah 2011 - Dari LCCT ke Kota Kinabalu

Hari pertama percutian Sabah 2011 - Dari LCCT ke Kota Kinabalu

Written By Unknown on Tuesday, March 1, 2011 | 01:15

Khamis - 17 February 2011

Assalamualaikum. Apa kahabar wahai teman2ku, Hampir 2 minggu SG tidak membuat sebarang cerita dalam blog ini. Sekembalinya SG bercuti, ingatkan hendak juga mengupdatekan cerita2 mengenai percutian SG sekeluarga. Tapi masa tidak mengizinkan. Keadaan membataskan segalanya kegiatan dalam dunia blogger ini.

Seperti yang dijanjikan, hari ini barulah SG mempunyai masa yang yang agak terluang untuk mencoretkan cerita tentang percutian SG di Sabah Negeri Di Bawah Bayu buat teman2 serta pengunjung blog SG ini. Walaupun ia ibarat sebagai coretan suka2, tetapi bagi SG sedikit sebanyak apa yang dicoretkan ini akan memberi info kepada teman2 yang ingin merancang percutian di kepulauan Borneo ini.

Oklah, setelah sekian lama menanti ( 9 bulan booking tiket Air Asia), akhirnya tarikh 17 February 2011 berkunjung jua. Mungkin teman2 sudah membaca posting terdahulu mengenai persiapan merehatkan otak SG menjelangnya tarikh ini. Jadi dipendekkan cerita, SG pada malam itu sampai rumah sekitar 2 pagi setelah pulang dari kerja petang dan melepak2 sebentar bersama sahabat2 di kampung. Sampai dirumah, SG ingat masing2 dah tidur, rupanya masing2 tidur tak lena dan ada yang tak boleh tidur. Inilah akibatnya kalau dah tak sabar nak terbang. SG mengemaskinikan barang2 apa yang tidak cukup. Setelah siap semuanya bersiap, SG plan nak bertolak ke LCCT dalam pukul 3.30 pagi. Opppss.. terlupa pula. Sebenarnya bukan SG dan family berempat sahaja yang bercuti, kakak SG si IZRYN sekeluarga juga turut serta menjadikan kami semua seramai 8 orang.

SG dan Family di LCCT
IZRYN dan Familynya ketika di LCCT
Ketika ingin memulakan perjalananan, SG sekali lagi mengingatkan kepada semua samaada masih ada yang tertinggal lagi ke tak. Rupanya gempar sebentar  gara2 si IZRYN terlupa nak bawa surat beranak anaknya si Nurul. Sewaktu SG register flight dulu, nurul belum lagi ada kad pengenalan, so terpaksalah guna surat beranak. Ingat nak tanya Customer Services Air Asia, tapi malangnya semua hotline tak dapat. Puas mencari. Akhirnya IZRYN buat keputusan untuk balik semula kerumahnya di Bandar Botanic Klang. Waktu ketika itu sudah hampir pukul 4 pagi. Bayangkan berapa laju suami si IZRYN ni drive tak tahulah. Dari Banting ke Klang dan sampai ke LCCT sebelum pukul 5.30 pagi. Plan nak minum2 bersama dulu tak kesampaian. Hanya SG sekeluarga dan dua orang sahabat pembawa kereta2 kami ini saja sempat minum2. Di LCCT, kami check in dan bila SG bertanyakan tentang Surat beranak tu di kaunter, petugas disitu mengatakan, hanya original surat beranak sahaja diterima. Photostat pun reject. Nasib baik cepat bertindak. Kalau tak, dah tentu ada yang menangis tak dapat ikut.

Menu SG, Nasi Lemak Pak Nasser's
Menu Alya (Anak SG) - Nasi Goreng Satey
Pukul 6.15 kami telah diarahkan untuk menaiki flight. Awalnya dah suruh naik, padahal berlepas pukul 6.50 pagi. Rupanya punyalah jauh flight ni parking. nak berjalan pun dekat 10 minit. Pagi2 dah kn exercise hehehe. Dalam flight pula, sekali lagi ada masalah. Kali ini, berebut tempat duduk pula. Macammana seat boleh sama no. pelik2. Pramugari tu pun tergamam gak. Disebabkan baiknya SG ni, so SG mengalah je. Lepas semua penumpang dah duduk, barulah SG dapat duduk. itupun main belasah je duduk mana yang ada kosong. Nasib baik banyak yang kosong. So SG bebas le nak pilih mana. Jam 7 pagi, Flight selamat menerbangkan dirinya meninggalkan tanah Semenanjung. Bila flight dah stabil, mulalah perut pun kebulur. Jadi seperti yang dah SG booking, SG memilih untuk makan Nasi Lemak Pak Nasser's. Melantak sampai licin. Dah kenyang apa lagi, membuta le.

Toyota Avanza yang SG sewa
Alya bergaya di dalam kereta pinjam
Sedar2 flight dah nak mendarat di Kota Kinabalu International Airport (KKIA). Tepat jam 9.30 pagi, flight selamat mendarat. Selepas mengambil bagasi, SG terus hubungi En. Don untuk mengambil kereta yang kami sewa. Selain kenderaan, En. Don ini menguruskan juga Apartment. Tapi SG hanya menyewa kereta Avanza sahaja. Apartment SG tempah lain. Avanza ini, SG dapat harga RM200 sehari dan SG menyewa selama 2 hari. Nampaknya tugas SG sebagai pemandu pelancong bermula. SG drive kereta terus menuju ke Apartment Api-Api Center. Tanpa ada sesat2, SG terus memandu dan sampai ke kawasan Apartment ini. Sebenarnya, bandaraya Kota Kinabalu (KK) ini sudah biasa SG jelajah. 3 tahun berturut2 SG kesini. So pejam mata je jalan2 kat sini. berlagak betul le SG nikan. hahahhaha.

Bangunan Apartment Api-Api Centre
Sampai di Api-Api Center, SG terus call Kak Farah yang menguruskan apartment kami. Kami disini hanya mengambil Apartment 2 bilik sahaja (jimat kos). Apartment 2 bilik berharga RM150 sementara 3 bilik RM250. Selepas check in apartment, kami memulakan aktiviti dengan sambung bermimpi (tido).

Bersantai diruang tamu Apartment
Petang sekitar pukul 2 petang, barulah Kami semua memulakan perjalanan ke destinasi sekitar bandar KK ini. Sewaktu hendak keluar, hujan turun dengan lebatnya. Ini membuatkan perjalanan kami terbatas. Setakat berlegar2 dalam kereta sahaja. Akhirnya selepas berhenti hujan, tumpuan bermula dengan singgah di Sekitar Teluk Likas. Apa yang menarik kat sini. Emmm.. Hanya pantai yang indah dan meninjau kapal2 yang berlabuh disekitarnya. Sambil2 melihat pemancing melabuhkan jorannya di sekitar pantai, kami mulakan dengan aksi bercandid camera.


Lokasi kedua pula ialah Menara Tun Mustafa. Selain nama Menara Tun Mustafa ia juga dikenali sebagai Menara Yayasan Sabah. Nak masuk ke bangunan dah nak tutup, so kami hanya bercandid disekitar bangunan sahaja. Terkilan juga tak dapat nak masuk. Tapi dapat bergambar di sekitar pun dah okkan.

Keluarga Orang hutan. hehehehehe
Kemudian kami menuju pula ke Masjid Bandaraya di Likas. Masjid terapung ini sebenarnya lebih kelihatan cantik pada waktu malam. So dah sampai sini petang, candid ler apa yang patut. Seterusnya tempat paling tinggi di bandar KK iaitu Signal Hill.  Bukit ni sebenarnya terletak di belakang Bandar KK je. Kat sini korang boleh tengok keseluruhan Bandar KK. Lepak2  jam dah nak pukul 6 petang. perlu diingat, walaupun waktu kat KK ni sama dengan Semenanjung, tapi peredaraan harinya 1 jam lebih awal. Kira pukul 6 petang tu dah macam pukul 7 malam kat Semenanjung. Bagi yang tak biasa, memang terkejut sikit.

Masjid Bandaraya - Likas
Model disebalik Papan Tanda Signal Hill
Signal Hill - Berlatar belakangkan Bandaraya KK
Disebabkan malam dah berkunjung tiba, kami tak dapat lagi nak singgah ke beberapa lokasi lagi. Last point kami pergi ke Pasar Malam Sinsuran. Kami singgah sini sebenarnya bukanlah nak meninjau keseluruhan pasar basah ini. Tapi SG bawa family SG ini untuk merasai makanan laut bakar di belakang pasar Filipina ini. Sebenarnya satu kemestian untuk warga Semenanjung yang datang kesini untuk merasakan hasil laut yang dibakar. SG terus terang dah kurang berselera nak makan makanan kat sini, tapi saja bagi Family SG rasa. Kami order Ikan Merah serta terubuk. Dimakan dengan nasi beserta sambal belacan dan ulam, kira layan juga ler. Itupun disebabkan perut dah kebulur. Sambil bersantapan dalam  keadaan hanya diterangi pelita sahaja (black out sepanjang pasar Filipina), rasa macam bercamping pula.

Pilih. Jangan tak pilih ya Izryn
Ikan Merah & Terubuk
Penambah Rasa

Pukul 8 malam, kami pulang ke Apartment. Malam ni family SG tiada agenda. Mereka nak berehat sahaja di Apartment untuk menyimpan tenaga bagi perjalanan jauh menuju ke Kundasang, Ranau serta Kinabalu Park esok. SG macam biasa keluar semula untuk bertemu budak sekampung yang telah bekerja di sini selepas Hari raya tahun lalu. Kawan SG ni bernama Najib bekerja di RTM KK. So SG ni datang ler menjeguk2 dia dan kami melepak dia pantai Tanjung Aru. Lama juga bersembang2, jam 12 tengah malam, SG kembali ke apartment dah terus melabuhkan diri menghilangkan letih berjalan2.


Info Untuk Anda :

KERETA SEWA & APARTMENT MARINA  COURT
En. Mohd. Don
Tel : 0168470945
Fax : 088 384212
Email : aurabiruservices@gmail.com
Remarks : Anda boleh membuat tempahan bersama beliau bila2 masa sahaja. semua harga boleh dirunding dan dijamin anda berpuas hati.




Api - Api Centre - APARTMENT
Kak. Farah
Tel : 0198403514 / 0198317356
Remarks :
Apartment 2 bilik - RM150 sehari
Apartment 3 bilik - RM250 Sehari





Sambungan kisah percutian dihari kedua
Share this article :

16 comments:

  1. wahh, best nye. even jierah tinggal kat borneo, tp jerah tak pernah pon p sini tau. hoho. jeles mode. haha. btw, have fun k.

    ReplyDelete
  2. best kan dpt jln2 dgn famili...lepas ni booking nak pi mana pulak???

    ReplyDelete
  3. hehe..napa tak cari ellen kat sini...lain kali datang call ellen yer..hehe

    ReplyDelete
  4. waaa....bercuti sakan!!!buah tgan mane?hehe

    ReplyDelete
  5. ok part 1 sudah baca.harap2 part 2 akan menyusul secepat mungkin...ececececehhh!!!

    ReplyDelete
  6. waaah..mmg sonok jalan2 sana..tak boring..sy yg penah duk sana 3 thn pun teringin lagi nak pegi ..cumanya masa belum mengizinkan:)

    ReplyDelete
  7. Hahaha.. nasib3x.
    Kalau tak tidak dapat bertentang mata dengan nurul...

    ReplyDelete
  8. my home sweet home....erm tmpt awak mkn kt belakang kt belakang pasar filipina tu saye pown tk berani nak mkn kt situ sbb kureng dr bab kebersihan.....

    ReplyDelete
  9. Salam.

    Nak tanya, appartment api2 tu, condition dia ok x? dari segi kebersihan appartment dan kawasan persekitaran macam mana ye?

    ReplyDelete
  10. Setakat yang saya dah 3, 4 kali duduk kat situ, condition dia semua ok. cuma klau yg 2 bilik nampak kurang sikit. Maklumlah ada rumah yang tak nampak sangat pemandangan sekeliling. 3 bilik mmg ok ler. Sesuai untuk family. Klau nak standart macam hotel, mmglah tak dapat.

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alaikum bang, terima kasih kerana kerana tlg promo sy dlm blog abg ni..... lain kali blh dtg lg, check promo pelancongan kami di: http://aurabiruservices.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. nak tanya...masa u booking appt dr kak farah tu ade bayar ape2 deposit tak? saya ada booked tp dia kata tak payah bayar deposit. risau plak saya

    ReplyDelete
  13. mmg mcm tu ler.. dia x minta apa2 deposit pun. hanya bayar ketika nak check in jer nnti..

    jgn tkt, x der mslh punya. yg penting seminggu sblm pegi tu, confirm balik dgn dia.

    ReplyDelete
  14. salam.. SG, tahnx sharing info ni.. sy nk g KK bln dpn.. Dah try mesej kak farah, tp x reply pun.. lastly call terus, baru dia angkat.. ok x apartment tu.. ktorg amek 2 blk je.. hopefully ok le

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger