Oklah, kita lupakan kisah jamban buruk tersebut. Seperti yang SG sudah bayangkan semasa mengulas kemenangan terhadap Chelsea semalam, hasil undian pagi tadi, pasukan Mak Siti akan bertemu Liverpool manakala Crystal Palace pula bertemu Cardiff City di pusingan separuh akhir nanti. So kita taklah terkejut beruk macam Alex Farkinson diatas kekalahan mereka kerana sememangnya kita sudah menduga terhadap perjalanan serta keputusan undian yang bakal Liverpool terima.
Sepatutnya laluan tersebut memang telah pun disediakan khas untuk Manchester United oleh FA untuk mudah mara ke Final. Malangnya selepas terkandas terjadilah yang lemah jumpa lembik, yang kuat jumpa hebat. Akibatnya kurang berseri ler perlawanan final nanti kerana sudah tentu pasukan lemah akan jumpa kuat..
Apa yang membuatkan kelebihan kepada Liverpool pada perlawanan nanti ialah, perlawanan pertama akan dilangsungkan di Etihad dan perlawanan kedua barulah Di Anfield. misi mengumpul gol tempat lawan sudah pastinya memberi tekanan kepada Mak Siti apabila berkunjung di Stadium yang hampir memecahkan rekod tanpa kalah mereka tempoh hari. Apapun kita percaya Dalglish ada ramuan tersendiri untuk menjinakkan anak buah Mancini bagi mengejar slot automatik ke Piala UEFA. YNWA.
JADUAL PERLAWANAN:
Manchester City VS Liverpool
- Perlawanan pertama : Etihad Stadium
- Perlawanan kedua : Anfield Stadium
- Perlawanan pertama : Selhurst Park (C. Palace)
- Perlawann kedua : Cardiff City Stadium
bln 1 nnt 3 kali jumpe mek ct (3, 9 dan 23hb) perrghhhh harap KK ada ramuan yg lbh baik drpd aritu n lucas. SG n yg lain2 akn kembali ms tu!
ReplyDeleteYNWA!