Headlines News :
Home » , , » Seandainya Torres kembali ke Anfield

Seandainya Torres kembali ke Anfield

Written By saleehs gerrard on Friday, December 2, 2011 | 16:42

Dalam seminggu dua ini semakin hangat diperkatakan bahawa Dalglish ingin mempelawa Torres untuk kembali ke Anfield dengan harga £30 juta. Dengan aksinya yang serba tak menjadi di Stamford Bridge, adakah Torres terus mahu bertahan dalam ranking kesebelasan simpanan AVB?

Persoalannya, seandainya khabar angin ini benar2 berlaku, adakah kita sudi menerimanya kembali. Bagi SG tiada masalah untuk beliau kembali semula dalam memperkuatkan barisan serangan Liverpool. Kita sedia maklum bahawa Dalglish sudah mula kecewa keatas pembelian termahal awal tahun ini, Andy Carroll yang langsung tidak berbaloi. Bagi SG kalaulah nak dibandingkan Carroll dengan Peter Crouch, rasanya lebih bagus lagi si kurus kering Crouch. Jadi sementara Dalglish memikirkan untuk menjual kembali Carrol kepada yang sudi, sudah pastinya penganti harus dicari.

Sekiranya Torres sudi menjilat kembali ludahnya, apalah sangat peminat2 setia Liverpool. Lumrah pemain bintang pergi dan kembali ke pasukan asalnya. Kita tak payah pergi jauh2, cukuplah kisah sejarah Ian Rush sebelum digelar lagenda Liverpool. Beliau pernah beralih angin untuk bermain di Juventus setelah bermain selama 7 musim di Liverpool. Malangnya beliau gagal menyesuaikan diri disana dan hanya semusim beliau kembali semula ke Anfield.

Adakah Ian Rush kedua akan terjadi selepas ini. Sama2 kita tunggu dan lihat menjelangnya pintu perpindahan dibuka. Sekiranya benar2 terjadi, insan yang paling gembira sudah tentulah Reina kerana dapat bergabung kembali dengan rakan senegaranya disamping Jose Enrique.

p/s: Nampaknya Kalau betul, Agger dah tak ada peluanglah nak belasah Torres. hehehhehe
Share this article :

5 comments:

  1. hermmm aku pon sama, rasanya rush punya situasi pon tak sama ngan Torres...

    terlajak perahu boleh diundur terlajak kata Torres jadinya

    ReplyDelete
  2. torres....masuk la liverpool semula...gandingan ng luis suarez sebagai attacker pasti mantap..hehehe...

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger