Aksi awal pagi nanti menyaksikan Dalglish akan membuat rombakan besar2an ke atas pemain utamanya. Dengan tiada kelibat Luis Suarez yang telah digantung 1 perlawanan dan didenda sebanyak £20,000 diatas kesalahan menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Fulham pada 5 December lalu, Sudah pastinya Carroll menjadi harapan besar untuk membuktikan nilai £35 juta itu benar2 berbaloi. Persoalannya mampukah Carroll mengalas tugas tersebut dengan sempurna dalam menghadapi bekas majikannya.
Cuma yang bakal mengembirakan kita ialah kemunculan semula kapten fantastik Steven Gerrard untuk mengisi kuota midfielder yang agak sedikit goyah selepas ketiadaan Lucas. Kita dapat merasakan angin perubahan bakal menjelma setelah adanya Gerrard di dalam padang. Ini terbukti dengan 20 minit masa yang diperuntukkan untuknya ketika menentang Blackburn tempoh hari, hantaran bawah yang pantas dan tepat digunakan untuk merencanakan jentera serangan berjaya mengkucar kacirkan barisan pertahanan Blackburn walaupun hakikat sebenarnya gagal menembusi gawang gol.
Charlie Adam mungkin berasa sedikit tergugat sekembalinya Gerrard. Ini kerana prestasinya yang jatuh merundum membuatkan Dalglish akan mengunakan Henderson sebagai teman Gerrard. Tetapi dari segi pengalaman dan skil, Adam masih lagi berpeluang untuk memperbaiki kelemahannya dengan bantuan Gerrard. Apapun awal pagi esok menjadi penentu coretan keputusan di akhir tahun 2011 ini. Adakah kejayaan atau sebaliknya, semuanya terletak dibahu pemain2 yang bakal diturunkan nanti. YNWA...
Barisan kemungkinan pemain Liverpool :
REINA
JOHNSON - SKRTEL - AGGER - ENRIQUE
DOWNING - GERRARD - ADAM - BELLAMY
CARROL - MAXI
Siaran Langsung perlawanan ini di:
Channel : ASTRO SuperSport 3 (817)
: ASTRO SuperSport HD (831)
Live Streaming : Liverpool vs Newcastle streaming
Tarikh : 31/12/2011 (Pagi Sabtu)
Sepak Mula : 03:45 pagi
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !