Headlines News :
.
Home » , , » Preview : Game 14 BPL 11/12 - Fulham VS Liverpool

Preview : Game 14 BPL 11/12 - Fulham VS Liverpool

Written By Unknown on Sunday, December 4, 2011 | 11:05

Berkunjung ke stadium Craven Cottage untuk menentang pasukan tuan rumah Fulham bakal memberi cabaran besar kepada skuad kita Liverpool FC. Selepas kehilangan Lucas yang terpaksa MC panjang sehingga tamat musim, Dalglish terpaksa mempertaruhkan salah seorang diantara dua pemain muda di bahagian defensive midfielder iaitu J Spearing dan juga Jonjo Shelvey.

Shelvey yang telah dipanggil semula dari pinjaman ke Blackpool nampaknya telah pun memulakan latihan di pusat latihan Melwood dalam persiapan perlawanan ini. Kehilangan Lucas sememangnya amat dirasai oleh kita tetapi sebenarnya dikesempatan ini juga Spearing dan Shelvey dapat peluang untuk membuktikan bahawa mereka juga sebaik seperti Lucas. Inilah padahnya jika jarang dilakukan sistem pertukaran pemain dimana apabila ketiadaan pemain penting akan membuatkan sedikit kecacatan diposisi tersebut. Memberi peluang kepada pemain simpanan ataupun meletakkan pemain diposisi lain untuk memikul posisi tersebut dianggap memperjudikan nasib. Jika mereka gagal memikul tugas yang diberi, maka rosaklah tempo permainan tetapi jika mereka berjaya, sudah pastinya Dalglish berjaya melahirkan permata baru serta pemain yang serba boleh.

Selamat kembali Jonjo Shelvey
Pasukan Fulham ketika ini boleh dikategorikan sebagai pasukan yang sedang terumbang ambing. Menduduki tangga ke 15 dalam carta, membuatkan Martin Jol pening kepala bagaimana untuk mempertingkatkan kembali kedudukan mereka. Terumbang ambing sebenarnya tidaklah semudah yang disangka. Prestasi turun naik adakalanya boleh memerangkap pasukan lawan terutamanya Liverpool dimana kita ketahui sebelum ini ketika menentang pasukan lemah, sudah pastinya kita sukar untuk memperolehi kemenangan. Musim lalu rekod pertemuan kita dikedua2 tempat dimenangi oleh kita dimana menang di Anfield 1-0 dan Craven Cottage 2-5. Tetapi itu adalah rekod lalu yang tidak boleh dijadikan kayu pengukur ketika ini.

Meningkatnya tahap permainan gandingan Maxi dan Bellamy seharusnya ditagih kembali untuk meneruskan rekod kecemerlangan Liverpool. Bukan hendak merendah2kan kemampuan Downing dan Henderson, tetapi untuk memberi lebih kepercayaan terhadapa peminat sebaiknya menggunakan pemain yang sedang meningkat naik. Itulah yang terbaik untuk menjamin kemenangan yang berterusan. YNWA...


Barisan kemungkinan Liverpool

REINA
JOHNSON - SKRTEL - AGGER - ENRIQUE
KUYT - ADAM - SPEARING - BELLAMY
MAXI - SUAREZ

Saksikan siaran langsung ini di:
Channel : ASTRO ESPN (812)
Tarikh : 06/12/2011 (pagi Selasa)
Kick Off : 03:55 pagi.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger