Headlines News :
Home » , , » Preview : Game 17 BPL 11/12 - Wigan VS Liverpool

Preview : Game 17 BPL 11/12 - Wigan VS Liverpool

Written By saleehs gerrard on Wednesday, December 21, 2011 | 13:12

Selepas bertandang ke Villa Park pada hari Ahad lalu, malam ini sekali lagi Liverpool dipaksa untuk bermain distadium lawan. Kali ini DW Stadium menjadi gelanggang untuk Liverpool meneruskan kecemerlangannya menentang pasukan Wigan Athletic.

Berkemungkinan besar tanpa kelibat Suarez yang digantung 8 perlawanan oleh FA England malam tadi, tidak bermakna ia menjadi punca kejatuhan empayar Liverpool yang sedang berkembang. Seperti yang kita sedia maklum, skuad Dalglish pada musim ini serba serbinya lengkap walaupun hakikatnya pemain2 gantian yang bakal diturunkan nanti gagal menambat hati Dalglish sebelum ni.


Wigan sebuah pasukan yang sedang dilanda masalah yang amat meruncingkan. Menduduki tangga ke 18 dalam carta liga, membuktikan pasukan ini memerlukan tonik untuk mengelakkan diri dari terus terjerumus ke tangga bawahan. Jadi Awas dengan kebangkitan yang bakal mereka pamerkan. Rekod musim lalu juga membuktikan, Liverpool hanya mampu seri 1-1 sahaja dalam kedua2 perlawanan liga. Jadi kita dapat bayangkan, betapa liatnya pasukan  ini ketika bertembung dengan Liverpool. Contoh yang terbaik juga adalah pertemuan Wigan dengan Chelsea Sabtu lalu dimana keputusannya juga seri 1-1. Jadi kesimpulannya, seteruk2 pasukan ini pun, apabila bertemu kuasa2 besar bolasepak pasti mereka bermain mati2an.


Bagi Liverpool pula diharap dapat membuang tanggapan terlalu ambil mudah terhadap kelab bawahan. Musim ini rekod bertemu kelab2 cap ayam sememangnya agak menduka citakan. 3 mata yang sewajibnya di perolehi gagal dimiliki dan lebih memeritkan menciptakan kekalahan. Semoga malam nanti, Liverpool dapat menyelesaikan masalah penyudah yang selama ini agak tumpul dihadapan gol. Biar main tak cantik, janji 3 mata wajib diperolehi... YNWA..


p/s: Nasib baik malam ni kerja. So ley layan live streaming kat opis. Harap2 janganlah network buat hal...

Siaran Langsung di :
Channel : ASTRO STAR Sports (813)
Live Streaming : Sila pilih link server mana yang sesuai.
Tarikh : 22/12/2011
Sepak Mula : 03:55 pagi.
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger