Headlines News :
.
Home » , , » Preview : Game 15 BPL 11/12 - Liverpool VS QPR

Preview : Game 15 BPL 11/12 - Liverpool VS QPR

Written By Unknown on Friday, December 9, 2011 | 03:25

Stadium Anfield akan kembali bergema pada hari sabtu ini apabila bakal menyaksikan satu pertembungan antara Liverpool dengan muka baru Premier League 11/12. Queens Park Rangers atau sinonimnya dengan panggilan shortcut QPR telah menjadi juara liga Championship musim lalu. Menduduki tangga ke 12 ketika ini, seharusnya Liverpool tidak memandang rendah terhadap pasukan kerdil ini.

Pada awal musim QPR yang telah diambil alih oleh jutawan penerbangan Tony Fernandes. Siapa di Malaysia ini yang tidak kenal Tony? Tuan empunya Air Asia merangkap kuasa penuh terhadap Malaysia Airlines System (MAS). Tanpanya belum tentu kita bebas berterbangan ke merata destinasi dengan promosi tambang murahnya. "Now Everyone Can Fly" moto yang membuatkan kita teruja apabila promosi besar2an dilangsungkan. Dengan kuatnya aura Tony Fernandes, maka kita juga boleh membayangkan kuat juga aura QPR dalam liga musim ini.

SG masih ingat lagi perlawanan QPR ketika menentang Chelsea yang telah bermain 9 orang setelah Bosingwa dan Drogba dilayangkan kad merah. Dalam perlawanan ini anak buah Neil Warnock ini telah menang dengan jaringan penalti Helguson. Sebenarnya bukan perlawanan ini sahaja, malah banyak lagi perlawanan yang mencerminkan bahawa QPR ini bukanlah suatu pasukan yang boleh dikunyah2. Mood permainan mereka yang sentiasa berubah2 sememangnya amat sukar sekali untuk diramal.

Dipihak Liverpool pula, sememangnya rekod pertemuan dengan pasukan2 pengacau agak buruk sekali. Perlawanan yang sepatutnya boleh menang, tetapi seri terjadi dan yang lebih mengaibkan 2 kekalahan tercipta hasil pertemuan dengan Stoke City dan yang terkini Fulham. Persoalannya, adakah Dalglish akan membuat sesuatu magic dengan barisan pemain utamanya. Ketiadaan Lucas yang MC panjang, J Spearing yang digantung 3 perlawanan, memberi sedikit tekanan kepada pemain kita kali ini. Mengharapkan Jonjo Shelvey memberi sesuatu yang terbaik hasil pembelajarannya di Blackpool tempohari untuk digunapakai pada perlawanan nanti.

Apapun SG mengharapkan Maxi Rodriguez dapat diturunkan dalam kesebelasan utama nanti. Peningkatan mutu permainan beliau amat ditagih sekali disamping teruskan menyimpan Carroll dibangku simpanan. Diharap Suarez juga dapat mengubah sikapnya yang agak keterlaluan dan sehingga kini masih menunggu siasatan FA untuk tindakan. Apapun semoga Suarez dapat melupakan segalanya untuk memberi 100% komitmen terhadap perlawanan nanti. YNWA..

  
Barisan Harapan Liverpool :

REINA
JOHNSON - SKRTEL - AGGER - ENRIQUE
KUYT - HENDERSON - ADAM - BELLAMY
MAXI - SUAREZ

Saksikan siaran langsung perlawanan ini di:
Channel : ASTRO ESPN (812)
                : ESPN HD (832)
Tarikh : 10/12/2011 (malam minggu)
Sepak Mula : 11:00 malam

p/s: Harap Sabtu nanti pemain Liverpool dapat menghadiahkan kemenangan kepada SG sempena ulang tahun perkahwinan SG yang ke 7. Amin..
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger