Headlines News :
Home » , » Kekejaman England FA terhadap Luis Suarez

Kekejaman England FA terhadap Luis Suarez

Written By saleehs gerrard on Wednesday, December 21, 2011 | 09:54

Keputusan pihak FA England malam tadi terhadap pengendalian kes pertengkaran Luis Suarez dan Evra sememangnya mengejutkan banyak pihak. Suarez yang dituduh melemparkan kata2 perkauman "Negro" terhadap Evra semasa perlawanan Liverpool menentang Manchester United 15 Oktober lalu, digantung 8 perlawanan dikesemua kejohanan serta didenda £ 40,000.

Ramai pemerhati kes ini menyatakan kehairanannya dengan tindakan FA ini. Walaupun Evra sendiri telah menyatakan bahawa Suarez sebenarnya bukanlah seorang yang anti perkauman, malahan tiada bukti2 kukuh melalui video yang menunjukkan Suarez berbuat sedemikian, tetapi FA tetap menjatuhkan hukuman yang berat terhadap beliau. Nampak sangat ia suatu keputusan berat sebelah.

Apapun pihak Liverpool telah berikrar untuk membuat pembelaan terhadap Suarez. Pihak FA telah memberi tempoh 14 hari untuk Suarez dan Liverpool FC membuat rayuan terhadap keputusan tersebut. Suarez boleh diturunkan pada perlawanan malam ini menentang Wigan seandainya Suarez meneruskan usaha pembelaan terhadap hukuman tersebut.


Tetapi seandainya Suarez memilih untuk menerima sepenuh hati keputusan itu, maka penggantungan 8 perlawanan berkuatkuasa sertamerta. 8 perlawanan tersebut ialah, Wigan, Blackburn, Newcastle, Manchester City (BPL & Carling Cup), Oldham (FA Cup), Stoke City dan Bolton. Harap Suarez dan Liverpool FC akan berjaya dalam rayuannya nanti untuk mengurangkan hukuman.

Begitulah sikap FA yang sememangnya banyak keputusan tidak beberapa disenangi oleh pasukan2 dibawah naungannya. Apalagi membabitkan pasukan Manchester United. Tengok saja beberapa kes Alex Ferguson yang mengecam pengadil, lepas dengan mudah sahaja. Dipendekkan cerita apa saja membabitkan Setan Merah ini, pasti kelebihan milik mereka. Liverpool?.. terus dianak tirikan....

p/s: Mungkin ada hikmah disebalik hukuman ini. Dengan ketiadaan Suarez, mungkin gandingan Bellamy, Kuyt, Maxi bakal membawa kejutan yang maha besar. Lagipun Liverpool bukanlah seperti Arsenal yang hanya mengharapkan Van Persie seorang untuk menjaringkan gol. Tanpa Suarez, ramai lagi pemain yang mampu mencipta nama sebagai penjaring walaupun mereka bermain diposisi pertahanan. So tak perlulah nak tekan button panik ok. YNWA...


 "Jom support Suarez......"
Share this article :

2 comments:

  1. org dlm tu mesti ramai belaci menyu...biasa la tu... tanpa suarez liv boleh je mng.. petanda kebangkitan? who knows rite?

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger