Headlines News :
.
Home » , » International Friendly - Malaysia 2-0 Hong Kong

International Friendly - Malaysia 2-0 Hong Kong

Written By Unknown on Thursday, February 10, 2011 | 01:37

Skuad Harimau Malaya telah berjaya mengalahkan pasukan Hong Kong 2-0 di Stadium Shah Alam dalam perlawanan persahabatan antarabangsa. Ini adalah perlawanan pertama selepas kejohanan Piala AFF Suzuki yang lalu.

Separuh masa pertama, pasukan kebangsaan mendominasikan serangan serta mengawal tempo permainan. Hasilnya pada minit ke 44, Safiq Rahim bertindak bijak melepaskan diri dari kawalan pertahanan Hong Kong sebelum merembat kencang untuk menjadikan kedudukan 1-0.


Separuh masa kedua pula, pasukan Hong Kong mula menunjukkan tanda2 kebangkitan. Beberapa percubaannya berjaya diselamatkan oleh pertahanan dan juga penjaga gol kita. Perlawanan menjadi rancak apabila, Malaysia juga bertindak membuat serangan balas dengan membuat beberapa percubaan. Akhirnya pada minit2 terakhir perlawanan, Amirul Hadi yang terlepas dari perangkap offside, berjaya merembat menewaskan penjaga gol serta pertahanan Hong Kong. Sehingga tamat perlawanan, Malaysia 2-0 Hong Kong.


Untuk perlawanan ini, K. Rajagobal menurunkan beberapa muka baru untuk digandingkan bersama pemain yang sedia ada. Selain mencuba keserasian pemain, ia juga memberi pendedahan kepada pelapis2 untuk jangka masa panjang.

Tahniah Malaysia. teruskan meraih kejayaan dimasa akan datang.
Share this article :

5 comments:

  1. makin mantap malaysia ek...makin terserlah kehariamauan dorang..bravo!

    ReplyDelete
  2. tahniah malaysia.memaang terbaik dsri ladang la.
    hihihihihk.....

    ReplyDelete
  3. tahniah malaysia!!! semoga trus meraih kejayaan slps ini..=)

    ReplyDelete
  4. semoga prestasi sang harimau akan membawa lebih banyak kejayaan.

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger