Headlines News :
.
Home » , » Piala Sultan Selangor 2011 - Nasib dua pasukan Selangor yang berbeza

Piala Sultan Selangor 2011 - Nasib dua pasukan Selangor yang berbeza

Written By Unknown on Sunday, October 2, 2011 | 15:07

Semalam dengan tergesa2 SG terpaksa melupakan perlawanan hangat "Merseyside Derby" untuk bersantai di Stadium Shah Alam yang sekian lama tidak SG jenguk. Last minit baru ada kengkawan mengajak dengan menggunakan tiket free yang tah mana di orang dapat. Akibat tergesa2 tu, masuk stadium pun dah habis separuh masa pertama perlawanan veteran. So nampak gayanya langsunglah tak dapat tengok 4 jaringan yang terhasil pada perlawanan tersebut.

Zainal Abidin Hasan bersama P. Maniam untuk Veteran Selangor


Dua wira Veteran : Dollah Saleh dan P.Maniam
 Sebenarnya misi untuk setiap kali ke stadium dalam kejohanan Piala Sultan Selangor ni pun, bukanlah nak berharap kemenangan sangat. Hanya untuk berseronok sambil bersantai dalam menyaksikan aksi2 lawak yang bakal terhidang oleh Veteran kedua2 pasukan.Bayangkanlah geng2 boroi bermain, memang pasti membuatkan kita tertawa. So dalam perlawanan malam tadi, Veteran Selangor berjaya mengalahkan Veteran Singapura dengang keputusan 3-1. Gol2 pasukan Selangor dijaringkan oleh P. Maniam (minit ke-7) serta dua gol Dollah Salleh (12 & 39) manakala gol tunggal pelawat dijaringkan Abdullah Noor (16).

Antara yang turut beraksi - Datuk Soh Chin Aun, K Gunalan, Zainal Abidin Hassan, Anuar Abu Bakar, Reduan Abdullah, Shahrin Majid, K Sanbagamaran, Azlan Johar, Malek Awab, Suria Murthi, Yahya Madon dan V Sundram Moorthy.

Aksi Safee Sali untuk pilihan Selangor
Bercerita pula dengan perlawanan Pilihan Selangor menentang Pilihan Singapura, sememangnya disajikan dengan perlawanan hebat. Aksi sering berbalas serangan kedua2 pasukan membuatkan penonton merasakan seperti perlawanan yang mengimbau kenangan lalu. Seharusnya pujian tinggi harus diberikan kepada penjaga gol Selangor, G Jeevananthan yang bertindak cemerlang menafikan beberapa percubaan merbahaya pasukan Singapura. Walaupun begitu, Jeevanathan kecewa juga apabila gawangnya dibocori hasil kesilapan Asraruddin Putra Omar yang mnejaringkan gol sendiri pada minit ke-65. Tamat perlawanan, pilihan Selangor berputih mata lagi untuk 3 tahun berturut2 dengan kekalahan 0-1.

Pilihan Selangor:
G Jeevananthan, Razman Roslan, Jason McAteer (Nazri Ahmad 72), Asraruddin Putra Omar, P Gunalan, Amirulhadi Zainal (Azidan Sarudin 81), Bunyamin Umar, Safiq Rahim (Hardi Jaafar 73), Jesper Blomqvist, Amri Yahyah (c) (Rudie Ramli 81), Safee Sali (Fitri Shazwan Raduwan 70)

Pilihan Singapura: 
Lionel Lewis (Izwan Mahbud 45), Jumaat Jantan, Daniel Bennett, Safuwan Baharudin, Shaiful Esah, Hafiz Rahim (Ruzani Zainal 56) (Ismail Yunos 72), Noh Rahman (Isa Halim 56), Shahril Ishak (c) (Shahdan Sulaiman 61), Fazrul Nawaz, Shi Jiayi, Aleksandar Duric.

p/s: Buat penat je bawa kamera, tetapi bateri pula kong. Hampeh betul ler....Terpaksa juga mintak pak Google tolong carikan. huhuhuhu....
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger