Menurut sumber berita WBZ NewsRadio, Pemilik Liverpool John Henry telah dibawa ke hospital selepas jatuh di kapal layar mewah di Boston, Amerika. Henry, yang juga memiliki pasukan Boston Red Sox baseball, dilihat meninggalkan kapal layar berharga $ 32m (£ 25.5m) dengan memakai pendakap leher dan telah dirawat oleh paramedik di tempat kejadian sebelum diletakkan pada pengusung dan dibawa ke Hospital Umum Massachusetts menggunakan ambulan.
Menurut kata seorang saksi, walaupun Henry cedera dan terpaksa memakai pendakap leher, beliau masih lagi boleh berjalan kaki diatas bot sebelum menggunakan pengusung.
Kemalangan itu berlaku kurang daripada 24 jam sebelum pertembungan Merseyside antara Liverpool menentang Everton di Goodison Park pada hari ini dan pada hari semalam juga Boston Red Sox mengumumkan pemergian Terry Francona, pengurus yang mengetuai pasukan untuk dua kemenangan Siri Dunia, selepas pasukan itu gagal untuk membuat play-off.
p/s: Diharap hari ini, pemain2 Liverpool dapat menghadiahkan kemenangan kepada Henry untuk meredakan rasa kesakitannya. Semoga Henry cepat sembuh..
John Henry - Pemilik Liverpool kemalangan
Written By Unknown on Saturday, October 1, 2011 | 11:09
Labels:
18. Liverpool,
News
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !