Headlines News :
.
Home » , » Bentang belanjawan 2012 dan bubar parlimen. Betul ke?

Bentang belanjawan 2012 dan bubar parlimen. Betul ke?

Written By Unknown on Wednesday, October 5, 2011 | 22:29

Setiap tahun sudah pastinya bulan Oktober akan dinanti2kan oleh semua penduduk di Malaysia. Satu hari pada hari jumaat yang bakal mencerminkan untung ruginya sebagai rakyat, pelabur dan yang kena mengena dengan bumi Malaysia yang bertuah ini. Belanjawan negara yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan bakal mencerminkan pengurusan yang berhemat atau sebaliknya kerajaan Malaysia.

Pada Jumaat 7 Oktober ini, setiap mata sekali lagi pasti akan tertumpu dikaca TV untuk menyaksikan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Dato Seri Najib Tun Razak akan membentangkan belanjawan 2012. Ada juga ura2 dari media2 yang tak berlesen ini mengatakan, pada hari itu juga selepas pembentangan belanjawan, Pak Najib akan bubar parlimen. Nampaknya dua perkara ini sudah pasti bakal mendebarkan kita pada hari Jumaat nanti.

Belanjawan 2012
Adakah setiap kali selepas pembentangan belanjawan itu. isi kandungannya bakal memuaskan hati semua pihak. Sudah pasti jawapannya tidak. Seperti yang telah terjadi pada tahun lepas, dari segi kasarnya, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kebanyakan penduduk di Malaysia ini. Ia kebayakkannya hanya menguntung pihak2 tertentu sahaja. Adakah situasi berkenaan akan sekali lagi terjadi pada tahun ini.

Sebenarnya setiap kali belanjawan, SG rajin juga tengok jika berkesempatan. Tetapi masalahnya tiada satu pun sejarah tercipta bahawa SG tengok sampai habis. Biasanya paling lama 1 jam je. Yang selebihnya, Menteri cakap sorang2. Terlena akibat penyampaian yang kadang2 membosankan. Lagipun nak layan sampai habis, bukan ada benda pun yang boleh menguntungkan SG disektor swasta ni. Asyik2 sektor awam saja yang disayang2. Ingat dalam banyak2 kakitangan kerajaan tu semua sokong kerajaan ke sampai tak ada yang jadi pembangkang. Kena ingat, kakitangan kerajaan lebih kepada perkhidmatan tetapi sumber pendapatan negara adalah dari kami yang bertungkus lumus disektor swasta.

Mungkin orang boleh kata, sektor awam dibawah kerajaan. So senang le nak urus. Swasta kenalah pelabur2 ni tanggung. Persoalannya, bagaimana pelabur nak tiru seperti pemberian ke sektor awam, kalau hakikat sebenarnya nasib2 mereka juga tidak terbela. Semakin lama semakin ramai pelabur yang mula mengangkat kaki untuk mencari destinasi yang lebih menguntungkan. So bila pelabur lari, siapa yang rugi? bukan sektor swasta saja yang hilang pekerjaan malah negara pun hilang punca pendapatan. Rasanya begitulah nasib yang bakal menimpa tempat SG bekerja sekarang ni. Baca sini...

Apa pun yang pasti untuk tahun ini, sudah ramai memperkatakan bahawa inilah belanjawan gula2 kepada rakyat untuk menghadapai pilihanraya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Kenaikan 30% gaji sektor awam, minyak turun 40-30 sen dan banyak lagi yang mungkin boleh membuatkan rakyat sejuk hati terhadap kerajaan. Sebenarnya inilah juga cara yang pernah digunakan oleh Tun Ahmad Badawi sebelum ini. So bersediakah kita termakan budi pada hari jumaat nanti. Diharap kuatkan iman.

Pembubaran Parlimen
Dengar2 cakap orang kononnya Pak Najib bakal membubarkan parlimen selepas belanjawan ini. Sebenarnya banyak perkara yang sukar dipercayai untuk Najib membubarkan parlimen pada hari Jumaaat nanti. Tun Mahathir yang dianggap sifu dalam UMNO juga menyatakan bahawa ketika ini bukanlah waktu selamat bagi BN untuk mengharungi PRU 13. So di Malaysia ni apabila ada yang menidakkan kata sifu UMNO ini,  maka orang itu akan ketinggalan dari arus sebenar. Lihat apa yang terjadi kepada Khairy Jamaluddin? Lihat apa jadi kepada Anwar Ibrahim sendiri, yang mengambil risiko demi membebaskan negara ini dari punca akar korupsi.

Selain itu, Jika Najib berdegil juga nak bubarkan parlimen, sudah pasti belanjawan yang dibentangkannya hanya sia2. Ini kerana proses pembentangan bajet tahunan itu perlu diluluskan terlebih dahulu dalam persidangan yang sama dimana proses itu akan memakan masa lebih sebulan. So takkanlah tahun ni nak dengar dua kali belanjawan pula.

Ada juga orang yang hairan, kenapalah nak buat PRU 13 ni dimusim haji. Dengan kuota 40 ribu jemaah Malaysia yang pergi ketanah suci, tidakkah ia suatu penyelewengan hak rakyat. Bukan semua yang pergi tu oarang kuat PAS atau pembangkang. Dah tentu ada juga kroni2 mereka nak menunaikan haji. Tapi tak tahulah sekiranya 40 ribu yang pergi tu dah dicover dengan IC "71" yang telah mendaftar mengundi kot.

Apapun ia semua hanya spekulasi liar yang ingin menghangatkan suasana. Yang pastinya kitu tunggu dan lihat apa perubahan yang bakal dinikmati oleh rakyat nanti. Jika Najib sudah bersedia untuk melancarkan perang pilihanraya, semua rakyat sudah bersedia untuk menyahut cabaran ini. Yang pastinya kita mengharapkan sesuatu yang terbaik dari kerajaan yang telah diberi mandat penuh oleh rakyat dibumi yang bertuah bernama "MALAYSIA".
Share this article :

1 comment:

  1. hilang kepercayaan dgn kerajaan skrg ... bg aku , semua mereka mmg tipu je ... aku lg rasa selamat dan yakin klu Tun Mahathir yg jd PM walaupun dia juga ada mslh rasuah ...

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger