Headlines News :
.
Home » , , » Preview : Game 7 BPL 11/12 - Everton VS Liverpool

Preview : Game 7 BPL 11/12 - Everton VS Liverpool

Written By Unknown on Friday, September 30, 2011 | 13:24

"THE MERSEYSIDE DERBY". Ungkapan ini sering diucapkan oleh peminat2 bolasepak apabila berlakunya pertembungan dua kelab paling berjaya dalam wilayah Merseyside. Siapa lagi kalau bukan kelab berjiran dan boleh dianggap pasukan bersaudara Everton dan Liverpool.  Pertembungan 2 kelab ini sudah pastinya menjadi perhatian peminat setempat dimana setiap perlawanan yang berlangsung sudah pastinya membuktikan pasukan yang menang itu berkuasa di wilayah Merseyside.

Esok adalah perlawanan penting bagi kedua2 pasukan ini. Liverpool berkunjung ke Everton dalam siri perlawanan ke-7 Premier League musim 11/12. Diatas kertas kita dapat membayangkan bahawa Liverpool tidak mempunyai masalah untuk memperolehi kemenangan di Goodison Park ini. Bersandarkan prestasi semasa, Liverpool mempunyai kesebelasan utama yang mantap serta mampu merobek gawang pasukan Everton ini. Apalagi dengan moral kemenangan minggu lalu keatas pasukan Wolves, sudah pastinya Everton yang kebetulannya tewas kepada Manchester City berada pada situasi sedikit tekanan.

Rekod pertemuan di Goodison Park ini lebih banyak memihak kepada Liverpool. Dalam tempoh 4 musim yang lalu mereka bertemu di sini sebanyak 5 kali dan Liverpool memenanginya sebanyak 3 kali. Sememangnya kekalahan 2-0 musim lalu disini masih menghantui kita. Tetapi kita masih percaya tuah akan terus bersama Liverpool.


Untuk kesebelasan utama yang bakal diturunkan, sudah pastinya kita mengharapkan Kapten Fantastik Steven Gerrard akan diturunkan bermain sepenuh waktu permainan. 2 perlawanan yang dilalui oleh beliau sebelum ini, hanyalah sekadar pemain gantian untuk bermain diantara 10 ke 15 minit. Selain itu kita juga mengharapkan Bellamy juga diturunkan untuk digandingkan bersama Suarez. Seperti yang kita ketahui, kita agak sedikit kecewa dengan prestasi semasa Carroll yang masih lagi tercari2 rentak permainan rakan sepasukan. Begitu juga dengan Kuyt yang ketika ini sering tercicir dari kesebelasan utama, diharap dapat mengisi posisi Henderson yang juga sejak kebelangan ini agak gugup sedikit.

Walaupun diatas kertas kemenangan berpihak kepada kita, tetapi perlu diingat, walaupun Everton tidak membeli sebarang pemain baru pada musim perpindahan lalu, itu bukan alasan bahawa mereka mudah untuk dijinakkan. Tiada Artieta yang telah berhijrah tidak bermakna Tim Cahill tidak boleh berfungsi dengan baik. Pokok pangkalnya Dalglish perlu berwaspada dengan strategi yang bakal diguna pakaikan oleh David Moyes.

Barisan kemungkinan Liverpool


REINA
KELLY - CARRAGHER - SKRTEL - ENRIQUE
KUYT - GERRARD - ADAM - DOWNING
SUAREZ - BELLAMY

Saksikan siaran secara Langsung dari Goodison Park :
Channel : Astro ESPN (812)
Tarikh : Sabtu - 1 Oktober 2011
Preview : 07:00 malam
Sepak mula : 07:40 malam

p/s : Bila pertembungan Liverpool dengan Everton ini, teringat ler bolasepak tempatan. Sudah pastinya pertemuan pasukan adik abang di wilayah Lembah Klang iaitu Selangor dan Kuala Lumpur.
Share this article :

2 comments:

  1. eeee x suka nyer statement yg last tu...mentang2 la mng aritu...kalu klh mesti senyap jerrr

    ReplyDelete
  2. Anies yg dengki. hahhahah.. jgn marah..

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger