Headlines News :
.
Home » , , » Undian pusingan 4 Carling Cup - Stoke City vs Liverpool

Undian pusingan 4 Carling Cup - Stoke City vs Liverpool

Written By Unknown on Tuesday, September 27, 2011 | 05:18

Selepas undian pusingan ke 4 Carling Cup tempoh hari, Liverpool terpaksa mengharungi laluan sukar apabila diundi bertemu Stoke City. Apa yang membimbangkan kita, untuk kali ketiga berturut2 dalam kejohanan ini Liverpool terpaksa bermain di Stadium lawan. Britannia Stadium sudah pasti membuatkan kita sesak nafas akibat rekod yang kurang baik dan tidak menyebelahi pasukan Liverpool.

Seperti yang kita ketahui rekod pertemuan di Britannia Stadium ini, pasukan Liverpool tidak pernah menang semenjak pasukan Stoke ini dinaik taraf ke Premier League musim 08/09. Dua kali seri 0-0 (08/09), 1-1 (09/10) dan dua kali kalah 2-0 (10/11), 1-0 (11/12). Kita masih lagi terbayang dengan kekalahan pada perlawanan liga awal bulan ini. Walaupun perlawanan tersebut penuh dengan kontroversi dari keputusan pengadil, tetapi kita dapat bayangkan bahawa tuah dan nasib masih belum berpihak kepada Liverpool.

Tetapi apabila kita membuat analisa dari persembahan Liverpool pada perlawanan tersebut, kita dapat membuat kesimpulan bahawa Liverpool boleh memecahkan badi kekalahan jika terus menampilkan aksi yang cemerlang. Sememangnya bukan mudah untuk mengekalkan prestasi sebegitu setiap perlawanan, tetapi sekiranya setiap pemain memberi komitmen sepenuhnya dan tuah kembali bersama kita, sudah pasti Liverpool akan terus melangkah ke pusingan ke 5.

Keputusan Undian pusingan 4 Carling Cup :
  • Aldershot v Manchester United
  • Arsenal v Bolton
  • Blackburn v Newcastle
  • Cardiff v Burnley
  • Crystal Place v Southampton
  • Everton v Chelsea
  • Stoke v Liverpool
  • Wolves v Manchester City
Tarikh perlawanan : 25 dan 26 Oktober 2011
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger