Headlines News :
Home » , , » Piala Sultan Selangor edisi ke-10 - 2011

Piala Sultan Selangor edisi ke-10 - 2011

Written By saleehs gerrard on Thursday, September 29, 2011 | 13:14

DUA bekas pemain Liga Perdana Inggeris (EPL), Jesper Blomqvist dan Jason McAteer yang bakal menguatkan Pilihan Selangor apabila bertemu Pilihan Singapura pada saingan Piala Sultan Selangor edisi ke-10 di Stadium Shah Alam Sabtu ini, hanya akan menjalani sesi latihan bersama-sama skuad Selangor esok.

Meskipun kedua-duanya hanya akan menyertai kem latihan Selangor sehari sebelum berlangsungnya perlawanan terbabit, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur kejohanan, Datuk Abdul Karim Munisar berkata, tidak timbul soal kurang persiapan untuk mereka dalam usaha merampas kembali Piala Sultan Selangor yang kali terakhir dimenangi pada 2008.

Katanya, Blomqvist yang akan tiba hari ini serta McAteer esok, adalah pemain profesional serta berpengalaman dan sudah pasti kedua-duanya dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan Selangor dengan cepat. “Kita perlu faham mereka berdua mempunyai jadual padat sepanjang berada di sini, antaranya bertemu dengan penyokong kelab Manchester United dan Liverpool.

“Tapi saya yakin jurulatih, P Maniam mempunyai perancangan tersendiri dan mampu membimbing skuad Selangor serta dua pemain ini dengan baik dalam usaha kita untuk memenangi perlawanan ini.

“Lagipun Blomqvist dan McAteer pemain berpengalaman dan sudah pasti mereka tahu apa perlu dilakukan. Namun menjadi persoalan mungkin tahap kecergasan mereka,” katanya pada sidang media semalam untuk mengumumkan pemberian hadiah 10 Galaxy Tab bagi pemenang cabutan bertuah pada Sabtu ini. Blomqvist yang berusia 37 tahun, pernah beraksi untuk beberapa kelab EPL, antaranya Manchester United, Everton dan Charlton Athletic dan ketika ini masih beraksi untuk pasukan Persebaya 1927 di Indonesia.

Jesper Blomqvist (kiri) dan Jason McAteer
McAteer yang beraksi di bahagian tengah juga pernah beraksi di EPL bersama kelab Bolton Wanderers, Liverpool, Blackburn Rovers serta Sunderland. Selain pembabitan kedua-dua bekas pemain EPL itu, Selangor juga akan diperkuat penyerang sensasi negara yang baru selesai menjalani sesi latihan bersama kelab Liga Kejuaraan, Cardiff City, Mohd Safee Sali.

Sumber : myMetro
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger