Yuvarajah, walaupun kau bukan beragama Islam. Walaupun kau bukan bangsa Melayu. Tetapi kita tetap sahabat yang berpegang kepada konsep masyarakat majmuk, rakan sekerja dan 1 Malaysia. Terkedu apabila mendengar berita bahawa kau telah pergi untuk selama2nya meninggalkan dunia yang penuh cabaran ini.
Tanggal 20/09/2011 jam 1 pagi semalam, SG dikejutkan dengan berita dari sahabat2 bahawa rakan setugas kami telah kemalangan jalanraya dan meninggal di tempat kejadian. Sewaktu kejadian Mendiang En. Yuvarajah A/L Jayaseelan sebenarnya dalam perjalanan ke tempat kerja yang sepatutnya masuk bertugas jam 12:00 tengah malam. Menurut sumber, ketika kejadian, mendiang yang menunggang motosikal telah dihimpit sebuah kereta sebelum jatuh ditengah jalan. Akibatnya sebuah lori kontena telah merempuh beliau dan menjadikan jasadnya hancur terburai. Bayangkanlah sekiranya tubuh dilenyek lori, kita sendiri pun ngeri ingin membayangkannya.
Tuhan lebih menyayangi beliau. Walaupun mendiang bukan 1 shift dengan SG, tetapi sewaktu hari raya tempoh hari, 2 hari SG merasa 1 shift dengan mendiang. Byangkan sekiranya mendiang sememangnya 1 shift dan dibawah jagaan SG, sudah pasti trauma yang amat sangat. Itulah sebenarnya yang terjadi pada rakan2 1 shift mendiang. Tergamam, terkedu, terbayang dan macam2 lagi perasaan yang menyelubungi mereka.
Diwaktu2 begini, masih ada juga rakan2 yang sempat berseloroh menghilangkan kesedihan yang melanda. Dialog filem Hantu Bonceng," Abang... Sempurnakan saya abang..." menjadi gurauan membayangkan jasad mendiang yang tidak sempurna. emmmm.. Tak sanggup untuk dikenang. Bayangkan tempat kemalangan Mendiang juga adalah tempat laluan pergi balik SG ketempat kerja. Memang orang kata tempat itu keras. Banyak sudah nyawa yang melayang disitu. Harap2 janganlah apa2 terjadi lagi disitu.
Sememangnya mendiang tidak pernah membuat masalah pada rakan sekerjanya. Menghormati sahabat2 dan tidak pernah membantah apa yang disuruh. Apa pun, kehilangan mendiang sudah pastinya akan dirasai untuk jangkamasa yang panjang. 2 tahun bekerja di Megasteel Sdn. Bhd, Mendiang sememangnya disenangi oleh teman2. Takdir penentu segala. Kita hanya redha diatas ketentuannya.
Sahabatku.. Kau pergi untuk selama2nya
Written By Unknown on Wednesday, September 21, 2011 | 17:57
Labels:
11. Maklumat/Berita,
aktivitiku
salam takziah!!
ReplyDeletegood people die young.. salam takziah.
ReplyDelete