Headlines News :
Home » , » Perlawanan ke-6 Piala Malaysia 2011 - Selangor 2-1 Kuala Lumpur

Perlawanan ke-6 Piala Malaysia 2011 - Selangor 2-1 Kuala Lumpur

Written By saleehs gerrard on Wednesday, September 28, 2011 | 05:24

Pantang mengalah sebelum penghujung wisel penamat. Itulah dinamakan bolasepak apabila tuah, nasib semua memainkan peranan penting selagi ada sisa2 perjuangan. Siapa sangka pasukan Selangor yang memulakan kempen Piala Malaysia agak terumbang ambing, tetapi berjaya juga melayakkan diri ke pusingan peringkat suku akhir dan seterusnya mengejar MISI 33 agar tercapai.

Mengalahkan Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Shah Alam pada perlawanan terakhir kumpulan D malam tadi mengesahkan tiket suku akhir menjadi milik mutlak Red Giants. Menduduki tangga naib juara Kumpulan D, Selangor mengiringi T-Team yang membelasah PDRM 6-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

2 kemenangan berturut2 berjaya di perolehi selepas tugas jurulatih selangor diambil alih oleh P. Maniam. Menggunakan strategi 4-3-2-1 dimana Amri Yahya sebagai penyerang tunggal malam tadi, ia amat berbaloi kepada pasukan. Red Giants berdepan situasi mencemaskan apabila ketinggalan 1-0 menerusi Muhd. Shahrom Abdul Kalam pada minit ke-37 sebelum bangkit pada babak kedua bermula dengan jaringan Mohd. Razman Roslan pada minit ke-65 dan Amri Yahyah melengkapkan kebangkitan dengan gol kemenangan melalui tandukan pada minit ke-75.

Tahniah kepada Red Giants. Perlawanan suku akhir nanti pasukan Selangor akan bertemu pasukan Perak yang telah menjuarai Kumpulan A. Perlawanan suku akhir pertama nanti akan berlangsung pada 10 Oktober di Stadium Shah Alam dan suku akhir kedua pula pada 14 oktober di Stadium Ipoh.

Jadual perlawanan Suku Akhir (10 & 14 Oktober 2011)


Logo Selangor VS Perak Logo
LogoSabah VS T-Team Logo
 Logo Terengganu VS Kelantan Logo 
Logo Felda United VS Negeri SembilanLogo 


Share this article :

2 comments:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger