Headlines News :
Home » , » Piala Malaysia 2011 - Selangor 1-2 T-Team

Piala Malaysia 2011 - Selangor 1-2 T-Team

Written By saleehs gerrard on Saturday, September 17, 2011 | 23:50

Pasukan Selangor sudah menghampiri zon penyingkiran dari melayakkan diri ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2011 ini. Tewas kepada pasukan T-Team pada perlawanan ke 4 Kumpulan D malam tadi menyukarkan lagi untuk merealisasikan misi 33 ini. Walaupun masih ada sisa2 harapan yang diberikan, tetapi hanya keajaiban sahaja boleh membawa Selangor mara ke pusingan seterusnya.

Mengumpul 4 mata dari 4 perlawanan sememangnya bala bagi pasukan Red Giants ini. Dua pasukan lain yang berada diatas mereka seperti Kuala Lumpur telah memungut 8 mata setelah seri tanpa jaringan dengan PDRM dan T-Team pula sudah memungut 9 mata. Memenangi kedua2 perlawanan selepas ini bukanlah jaminan bahawa selangor akan layak. Ini kerana Kuala Lumpur dan T-Team hanya memerlukan 1 kemenangan sahaja untuk menafikan hak Selangor. Mengharapkan antara mereka dua pasukan ini untuk tewas kedua2 perlawanan selepas ini adalah amat mustahil disebabkan persembahan yang mantap ditunjukkan oleh mereka.

Seperti yang dikatakan tadi, hanya keajaiban sahaja boleh membuatkan Selangor senyum. Tapi yang pasti, pasukan Selangor sudah boleh berkira2 untuk membuang K. Devan yang semakin lama semakin mengarut.

p/s: Salah satunya jurulatih merangkap pengurus di Malaysia. Kononnya nak tiru macam pasukan Eropah tapi K. Devan punya percaturan masih ditahap yang membosankan.
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger