Headlines News :
Home » , , » Preview : Game 4 BPL 11/12 - Stoke City vs Liverpool

Preview : Game 4 BPL 11/12 - Stoke City vs Liverpool

Written By saleehs gerrard on Friday, September 9, 2011 | 10:27

Setelah dua minggu semua perlawanan membabitkan Premier League berhenti rehat untuk memberi laluan kepada perlawanan kelayakan EURO, esok saingan bagi perlawanan ke 4 bermula kembali. Sudah pastinya mata dan hati kita tertumpu kepada pasukan kesayangan kita Liverpool beraksi di Britannia Stadium menentang pasukan Stoke City.

Rekod pertemuan kedua2 pasukan di Britannia Stadium ini pada musim 10/11 lalu dimenangi oleh Stoke City 2-0. Perlu diingat ketika berlangsungnya perlawanan ini, Roy Hodgson merupakan pengurus yang bertanggungjawab diatas kekalahan ini. Walaubagaimanapun, Meireles dan Suarez menceriakan Kem Kenny Dalglish apabila membalas kembali kekalahan tersebut dengan kemenangan 2-0 di Anfield.

Bekas pemain Liverpool : Crouch dan Pennant
Dalam meneruskan misi memburu kemenangan, sudah pastinya Dalglish akan menurunkan kesebelasan terbaiknya bagi menghadapi apa jua situasi permainan anak buah Tony Pulis. Menentang 2 orang bekas pemain Liverpool Jermaine Pennant dan Peter Crouch serta pemain yang mampu membuat lontaran kedalam dari jarak jauh Rory Delap, sudah pasti mereka bakal menjadi duri dalam daging pasukan kita. Ketika ini pasukan Stoke City menduduki tangga ke 9 dengan memungut 5 mata dari hasil 1 kemenangan dan 2 seri.


Bagi Liverpool pula, perkembangan terkini mengenai kecergasan Glen Johnson serta Steven Gerrard amatlah mengembirakan kita, dimana kehadiran mereka semula dalam kem latihan memberi gambaran bahawa mereka sudah bersedia diturunkan walaupun Dalglish menyatakan Gerrard hanya akan diturunkan ketika menentang Spurs minggu hadapan. Persoalannya adakah Dalglish sudah bersedia untuk menurunkan 2 pemain yang baru dibelinya disaat akhir waktu perpindahan lalu Sebastian Coates dan Craig Bellamy. Sama2 kita nantikan debut mereka bersama pasukan The Reds.

Gerrard sudah kembali berlatih
Menantikan Debut Coates & Bellamy

Senarai Kemungkinan pemain Liverpool

Reina
Carragher - Coates - Agger - Enrique
Kuyt - Adam - Lucas - Downing
Suarez - Bellamy

Jangan lupa saksikan siaran langsung perlawanan ini di Astro STAR Sports (813) - 10/09/2011, 10:00 malam.

p/s : Masih mengharapkan kekalahan kedua2 pasukan Manchester bagi memastikan Liverpool dapat menghuni pendahulu liga. Semoga Wigan Athletic (MC) dan Bolton Wanderers (MU) dapat menewaskan pasukan berjiran ini.
Share this article :

2 comments:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger