Maafkan SG kerana terlambat update untuk maklumat perpindahan musim panas bagi tahun 2011 ini. Disebabkan masih dalam mood raya, jadi masa untuk diluangkan dalam post perpindahan kali ini terbengkalai. Walau apapun SG cuba beri yang terbaik buat pengunjung2 setia blog SG ni.
Setelah 3 bulan diberi waktu untuk memperkuatkan pasukan masing2, pada 31 Ogos lalu adalah hari terakhir urusan jual beli pemain bagi musim panas kali ini. Sememangnya hari terakhir tersebut berbagai kejutan telah dilakukan beberapa pasukan dalam Premier League. Pasukan Liverpool juga tidak terlepas dari kejutan tersebut dimana, disaat2 akhir waktu perpindahan, kita terpaksa merelakan kepergian pemain terbaik bagi musim 2010/2011 Raul Meireles ke Chelsea. Skrip yang sama berlaku seperti perpindahan kontroversi awal tahun lalu Torres ke Chelsea, dimana Meireles juga memberi surat untuk diberi pelepasan. Semoga beliau berjaya dibawah bimbingan bekas bos lamanya di FC Porto Andre Villa Boas.
Sebenarnya dalam masa 3 bulan lalu (Jun hingga 31 Ogos), tanpa kita sedari bahawa sebenarnya pasukan Liverpool telah melakukan
29 transaksi pembelian, pinjaman dan jualan pemain2 pemainnya. Dimana kita telah membeli
8 pemain baru, menjual
13 pemain serta meminjamkan seramai
6 pemain ke pasukan lain dan
2 pemain yang dibatalkan/tamat kontrak. Dalam pembelian pemain, Liverpool telah membelanjakan sebanyak £56.3 juta manakala £21.05 juta pula diterima hasil dari penjualan pemain. Ini bermakna pada musim panas ini Liverpool hanya mengeluarkan dana sebanyak £35.25 juta sahaja. Walaupun tiada penjualan besar seperti penjualan Torres awal tahun ini, tetapi sekurang2nya Dalglish dapat mengurangkan beban John Henry untuk mengeluarkan dana yang berlebihan.
Berikut adalah senarai lengkap pemain keluar masuk bagi perpindahan musim panas bagi tahun 2011 ini.
PEMBELIAN PEMAIN (8 PEMAIN)
|
Jordan Henderson (Sunderland) - Charlie Adam (Blackpool) |
|
Stewart Downing (Aston Villa) - Alexander Doni (AS Roma) |
|
Jose Enrique (New Castle United) - Sebastian Coates (Nacional) |
|
Craig Bellamy (Manchester City) |
|
|
BELI KEMUDIAN DIPINJAMKAN (SEORANG)
|
Villyan Bijev (California Odyssey) - Loan to (Fortuna Dusseldorf) |
PINJAMAN PEMAIN KE LUAR (6 PEMAIN)
|
Joe Cole (Lille) - Alberto Aquilani (AC Milan) - Peter Gulacsi (Hull City) |
|
Stephen Darby (Rochdale) - Daniel Pacheco (Atletico Madrid) - Martin Hansen (Bradford City) |
PENJUALAN PEMAIN (13 PEMAIN)
|
Raul Meireles (Chelsea) - Christian Poulsen (Evian TG) - David N'gog (Bolton Wanderers) |
|
Emiliani Insua (Sporting Lisbon) - Sotirios Kyrgiakos (Wolfsburg) - Nabil El Zhar (Levante) |
|
Daniel Ayala (Norwich City) - Milan Jovanovic (Anderlect) - Thomas Ince (Blackpool) |
|
Poul Konchesky (Leicester City) - Dean Bonzanis (Melbourne Victory) |
|
Chris Mavinga (Stade Rennes) - Gerardo Bruno (Blackpool) |
TAMAT DAN PEMBATALAN KONTRAK (2 PEMAIN)
|
Philipp Degen (Batal kontrak) - Nikola Saric (Tamat Kontrak) |
Selepas ini diharap semua pemain2 yang dimiliki oleh pasukan Liverpool dapat memberi sumbangan besar kepada pasukan. Semoga persefahaman antara pemain2 baru dan lama dapat diserasikan secepat mungkin. Kepada mereka yang dihantar bermain di pasukan lain sebagai pinjaman, diharapkan dapat menimba ilmu yang luas untuk dibawa ke Kelab Liverpool untuk masa akan datang. Begitu juga kepada mereka2 yang telah berhijrah keluar, diharapkan mereka selamat maju jaya bersama pasukan baru mereka. YNWA.
mengharapkan: bila la pemain dari asia esp mas akn beraksi ngan liverpool ni...
ReplyDeletep/s selamat hari raya