Apa yang amat dikecewakan, walaupun Liverpool menang, tetapi mutu permainan yang ditunjukkan amatlah bosan sekali. Hanya 30 minit awal sahaja Liverpool menguasai perlawanan serta melancarkan beberapa percubaan merbahaya. Selebihnya Brighton pula mendominasi perlawanan yang membuatkan Reina tidak senang duduk. Mungkin pada peringkat awalnya kita menyangkakan bahawa Liverpool akan menang besar malam tadi. Setelah gol pertama diperolehi seawal minit ke 7 melalui Bellamy, beberapa percubaan dari Suarez, Bellamy dan Spearing hanya menyinggah tiang dan palang gol serta tandukan Kuyt betul2 diatas garisan gol untuk menafikan sebarang gol tambahan.
Tetapi tiba2 sahaja pemain2 Liverpool hilang punca. Suarez hilang arah, midfield tidak berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan Coates yang kadang2 membuat kesilapan hampir memberi gol kepada pihak lawan. Tidak cukup dengan itu, Spearing yang sepatutnya mengeluarkan sahaja bola dari kawasan permainan tersilap langkah teringgal bola menyebabkan Carragher membuat bentesan keras untuk memberi penalti kepada Brighton. Nampaknya Carragher sejak akhir2 ini kerap sekali membuat kesilapan yang membawa padah kepada pasukan.
Sememangnya Liverpool tidak rugi membawa masuk kembali Bellamy, hasil gerakan beliau yang menolak bola kepada Rodriguez dan kemudiannya kepada kuyt untuk disudahi dengan cemerlang. Semuanya berlaku dari gerakan balas dimana ketika itu pemain2 Brighton sibuk menyerang. Persoalannya, mengapa permainan yang ditunjukkan oleh pasukan Liverpool amat buruk sekali? Harap masalah ini diberi perhatian sepenuhnya oleh Dalglish.
Setelah 6 bulan MC panjang, pada perlawanan ini, kita dapat menyaksikan kemunculan sulong musim 2011/2012 ini kapten kesayangan kita Steven Gerrard. Walaupun beliau hanya bermain 15 minit terakhir sahaja, tetapi kehadiran beliau sekurang2nya dapat membantu menyakinkan diri beliau setelah lama tidak beraksi. Apapun tahniah kepada pemain2 Liverpool kerana telah berjaya membawa pasukan kita mara ke pusingan ke 4.
p/s: Walupun bosan dan mengantuk bila tengok game pagi tadi, tetapi demi nak tengok aksi Steven Gerrard kembali, SG gagahkan juga.
Match Stats
7(2) | Shots (on Goal) | 10(5) |
14 | Fouls | 14 |
8 | Corner Kicks | 5 |
0 | Offsides | 0 |
44% | Time of Possession | 56% |
3 | Yellow Cards | 1 |
0 | Red Cards | 0 |
3 | Saves | 5 |
Teams
Brighton | Liverpool |
---|---|
16 Casper Ankergren | 25 Pepe Reina |
3 Gordon Greer | 23 Jamie Carragher |
28 Steve Cook | 34 Martin Kelly |
14 Inigo Calderon | 16 Sebastian Coates |
20 Roman Vindelot | 49 Jack Robinson |
8 Alan Navarro | 21 Lucas |
10 Matthew Sparrow | 11 Maximiliano Rodriguez |
26 Liam Bridcutt | 20 Jay Spearing |
30 William Buckley | 39 Craig Bellamy |
11 Craig Noone | 18 Dirk Kuyt |
12 Craig Mackail-Smith | 7 Luis Suárez |
Substitutes | |
1 Peter Brezovan | Doni 32 |
27 Mauricio Taricco | John Flanagan 38 |
5 Lewis Dunk | Danny Wilson 22 |
15 Vicente | Steven Gerrard 8 |
25 Kazenga LuaLua | Stewart Downing 19 |
32 Yasser Kasim | Jonjo Shelvey 33 |
9 Ashley Barnes | Andrew Carroll 9 |
Substitutions | |
Vicente for William Buckley (60) | Steven Gerrard for Luis Suárez (75) |
Kazenga LuaLua for Matthew Sparrow (78) | John Flanagan for Martin Kelly (86) |
Ashley Barnes for Alan Navarro (78) | |
Yellow Cards | |
Alan Navarro (39) | Jay Spearing (59) |
Matthew Sparrow (41) | |
Roman Vindelot (67) | |
· Squads: Brighton | Liverpool |
pusingan ke 5 nnt vs sapa ek?
ReplyDelete