Headlines News :
Home » , » Perlawanan ke 5 Piala Malaysia 2011 - PDRM 1-4 Selangor

Perlawanan ke 5 Piala Malaysia 2011 - PDRM 1-4 Selangor

Written By saleehs gerrard on Sunday, September 25, 2011 | 21:45

Kemenangan pasukan Selangor ke atas pasukan PDRM malam semalam kembali membuka ruang untuk melayakkan diri ke pusingan Suku Akhir Piala Malaysia 2011. Menang 1-4 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi memberi nafas baru kepada pasukan serta Jurulatih sementara P. Maniam. Talian hayat Selangor tercipta selepas keputusan seri 1-1 diantara pasukan T-Team dan Kuala Lumpur.

Misi Selangor selepas ini wajib menang ke atas pasukan Kuala Lumpur dalam perlawanan terakhir Kumpulan D nanti. Kuala Lumpur yang memungut 9 mata menduduki tangga kedua sementara Selangor 7 mata menghuni tangga ke 3. 3 mata yang perlu diperolehi nanti menjamin kedudukan pasukan Selangor layak mengiringi pasukan T-team yang sudah melangkah awal ke pusingan suku akhir.

Selepas kemenangan besar malam semalam, kita dapat membuat kesimpulan bahawa, memang benarlah pemain2 pasukan Selangor sebelum ini mempunyai masalah bersama jurulatih terdahulu K. Devan. Walaupun P. Maniam diangkat sebagai jurulatih sementara, tetapi komitmennya serta pengalamannya di bawah K. Devan telah digunakan sebaik2nya.

Diharap pada perlawanan terakhir nanti Selangor dapat merealisasikan impian untuk mengalahkan pasukan ibu kota ini dan seterusnya melayakkan diri ke pusingan suku akhir.
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger