Gol pertama Liverpool menjelma seawal minit ke 11 apabila Roger Johnson telah menanduk masuk ke gawang sendiri. Ia berlaku apabila Johnson cuba menyelamatkan rembatan deras dari Charlie Adam yang membuat percubaan kearah pintu gol Wolves. Selepas itu pemain2 Liverpool terus melancarkan serangan bertubi2 ke kubu pasukan Serigala ini tetapi berjaya dipatahkan oleh pertahanan mereka.
Walaubagaimanapun melalui hantaran jauh Enrique, Surez berjaya melepaskan diri dari perangkap offside dan seterusnya menjaringkan gol kedua pada minit ke 38. Tetapi selepas itu permainan mula dikuasai oleh Wolves. Hasilnya 4 minit selepas rehat, Liverpool dikejutkan dengan jaringan Steven Fletcher yang langsung tidak dikawal dalam kotak penalti.
Pertukaran pemain antara Kuyt untuk Henderson serta Steven Gerrard untuk Suarez gagal untuk menambah sebarang gol walaupun banyak peluang tercipta tetapi gagal disempurnakan. Apa yang merisaukan kita, reaksi Suarez ketika dikeluarkan untuk digantikan Gerrard. Dengan selambanya menyepak botol air, beliau seperti merasa tidak puas hati dikeluarkan. Pada tanggapan kita sepatutnya Dalglish mengeluarkan Carroll yang gagal berfungsi dengan baik. Gandingan mereka berdua gagal mencerminkan penyerang berbisa sebaliknya Suarez yang lebih bekerja keras seorang diri.
Dari keadaan ini, Dalglish perlu mengambil perhatian penuh terhadap penyerang berbisa kita ini untuk tidak merajuk dan membuat sesuatu yang tidak elok. Perlu diingat banyak pasukan yang sudah mula memberi signal untuk merembat Suarez. Dalglish perlu belajar dari apa yang telah berlaku sebelum ini, dengan kehilangan Xabi Alonso, Torres dan Meireles. Persoalannya sanggupkah kita menerima kejadian lalu akan berulang kembali.
Selepas ini kita akan berkunjung pula ke Goodison Park menentang jiran tetangga Everton. Perlu diingat perlawanan menentang anak2 buah David Moyes ini bukanlah suatu tugas yang mudah. Walaupun mereka sudah kehilangan perancang utamanya Artieta ke Arsenal, tetapi ia bukan alasan kita mudah membaham mereka. Harap Liverpool akan terus mencipta kemenangan nanti. YNWA
Scoring Summary
Liverpool | Wolverhampton Wanderers |
---|---|
Roger Johnson (og 11') | Steven Fletcher (49') |
Luis Suárez (38') |
Match Stats
16(5) | Shots (on Goal) | 17(2) |
16 | Fouls | 9 |
7 | Corner Kicks | 2 |
5 | Offsides | 2 |
49% | Time of Possession | 52% |
3 | Yellow Cards | 4 |
0 | Red Cards | 0 |
1 | Saves | 4 |
Teams
Liverpool | Wolverhampton Wanderers |
---|---|
25 Pepe Reina | 1 Wayne Hennessey |
37 Martin Skrtel | 16 Christophe Berra |
23 Jamie Carragher | 14 Roger Johnson |
3 José Enrique | 11 Stephen Ward |
34 Martin Kelly | 5 Richard Stearman |
26 Charlie Adam | 4 David Edwards |
21 Lucas | 8 Karl Henry |
19 Stewart Downing | 24 Jamie O'Hara |
14 Jordan Henderson | 17 Matthew Jarvis |
9 Andrew Carroll | 12 Stephen Hunt |
7 Luis Suárez | 29 Kevin Doyle |
Substitutes | |
8 Steven Gerrard | Dorus De Vries 31 |
39 Craig Bellamy | Steven Fletcher 10 |
18 Dirk Kuyt | George Elokobi 3 |
38 John Flanagan | Matthew Doherty 30 |
32 Doni | Adam Hammill 19 |
20 Jay Spearing | Nenad Milijas 20 |
16 Sebastián Coates | Adlene Guedioura 34 |
Substitutions | |
Dirk Kuyt for Jordan Henderson (72) | Steven Fletcher for David Edwards (45) |
Steven Gerrard for Luis Suárez (82) | Matthew Doherty for Richard Stearman (45) |
Adlene Guedioura for Stephen Hunt (81) | |
Yellow Cards | |
Lucas (34) | Jamie O'Hara (4) |
Andrew Carroll (57) | Karl Henry (33) |
Martin Kelly (67) | Stephen Ward (39) |
Stephen Hunt (43) | |
· Squads: Liverpool | Wolverhampton Wanderers |
p/s: Bila dibandingkan Carroll dengan Crouch, sudah pasti buat masa ini, Crouch lebih menonjol. Kelibatnya pada perlawanan menentang pasukan Setan Merah malam semalam sememangnya mengkucar kacirkan barisan pertahanan. Nasib baik Crouch dapat score sebiji je, andai kata peluang2 yang beliau perolehi tidak disia2kan, sudah pasti Stoke City mencipta rekod pasukan pertama mengalahkan Setan Merah. (draw pun dah cukup bagus. Tanda nak jatuh ler tu).
hrp pasni kemenangan akn sentiasa menyusul!
ReplyDelete