Sememangnya perlawanan yang sukar bagi Liverpool. Ketinggalan 1-0 seawal minit ke 7 melalui jaringan Modric, malang semakin menimpa2 skuad kendalian Dalglish ini. Bermain 10 orang sejak dari minit ke 28 lagi membuatkan pasukan kita hanya mengekalkan corak bertahan. Kehilangan Midfield yang berwibawa seperti Adam merencatkan semua pergerakan untuk mengatasi pemain2 Spurs. Walaupun begitu, semangat juang yang kental 10 pemain ini, masih lagi dapat mempertahankan jaringan 1-0 ini.
Kenduri gol Tottenham mula terpancar setelah Skrtel pula dilayangkan kad kuning ke 2 dan seterusnya kad Merah. Bermain 9 orang menentang 11 pemain sememangya bala besar sudah diduga. Memasukkan Spearing & Bellamy bagi mengantikan Suarez dan Downing hanya bersifat untuk merehatkan mereka berdua. Carroll yang kita harapkan menjadi bintang berkilauan, masih tercari2 rentak yang tidak berkunjung tiba.
Apa yang menarik pada perlawanan ini, hanyalah kemunculan kali pertama pemain muda dari Uruguay Sebastian Coates dalam permainan. Walaupun khidmat beliau diperlukan bagi mengantikan Agger yang cedera pada minit ke 27, tetapi sumbangannya boleh dikatakan berkesan disaat tumpuan pemain kita yang jauh merundum.
Namun yang pasti, selepas ini Liverpool perlu bangkit kembali. Walaupun perjalanan masih jauh, tetapi kestabilan dalam carta teratas liga adalah amat perlu bagi menjamin tempat yang selesa di penghujung musim.
Scoring Summary
Tottenham Hotspur | Liverpool |
---|---|
Luka Modric (7') | |
Jermain Defoe (66') | |
Emmanuel Adebayor (68') | |
Emmanuel Adebayor (90') |
Match Stats
25(9) | Shots (on Goal) | 3(1) |
14 | Fouls | 9 |
4 | Corner Kicks | 1 |
4 | Offsides | 4 |
62% | Time of Possession | 38% |
1 | Yellow Cards | 2 |
0 | Red Cards | 2 |
1 | Saves | 5 |
biar la klh bsr cm ni menjadi yg pertama dan terakhir utk musim ni
ReplyDelete