Rekod pertemuan Liverpool menentang Spurs selama 3 musim yang lepas iaitu semenjak Harry Redknapp menjadi pengurus di Spurs ini dimiliki oleh mereka. Dimana dalam 6 pertemuan keseluruhan, Liverpool hanya memenangi 2 perlawanan yang dimenanginya di Anfield pada musim 08/09 dan 09/10 di bawah pengurus Rafael Banitez. Persoalannya, mampukah pasukan Liverpool memadamkan badi kekalahan di stadium White Hart Lane ini?.
Seminggu tanpa ada perlawanan boleh dikatakan persediaan yang cukup bagi Liverpool dibandingkan Spurs. Pasukan Spurs terpaksa mengharungi perlawanan Liga Eropah pada hari Khamis lalu menentang pasukan PAOK Salonika. Dalam perlawanan tersebut mereka hanya mampu seri tanpa jaringan. Tapi perlu diingat, mereka tidak menurunkan kesebelasan utamanya seperti Modric, Van der Vaart, Lennon, Defor dan Adebayor. Ini memberi gambaran bahawa mereka telah membuat perancangan rapi bagi menghadapi Liverpool.
Kita pastinya sedikit kecewa apabila perkhabaran dari Melwood mengatakan bahawa kapten fantastik kita Steven Gerrard masih belum sedia untuk diturunkan. Bagi memastikan beliau 100% cergas, Dalglish akan hanya menurunkan beliau pada perlawanan menentang Brighton dalam kejohanan Carling Cup pada hari rabu nanti. Dengan ketiadaan Gerrard ini, sudah pastinya tiada perubahan yang akan dilakukan oleh Dalglish di bahagian tengah dimana sudah pastinya Lucas dan Charlie Adam menjadi pilihan utama.
Skrtel pula mungkin sekali lagi digunakan dibahagian pertahanan kanan bagi mengantikan Johnson dan Kelly yang masih cedera. Dari persembahan minggu lalu, berkemungkinan juga Bellamy akan diberi kepercayaan untuk mengisi posisi sayap kiri dimana Downing pula akan beraksi disebelah kanan. Sebenarnya dimana pun mereka berdua diletakkan tidak menjadi masalah, ini kerana kedua2 posisi ini, sering bertukar2 pemain ketika perlawanan berlangsung.
Walau siapapun yang diturunkan oleh Dalglish nanti, diharap dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Ini kerana pasukan Spurs ini bukanlah sebuah pasukan yang mudah untuk ditewaskan. Sudah pasti mereka juga ingin mencari kemenangan bagi mencari bekalan selesa. Ini kerana setakat 3 perlawanan yang mereka lalui, mereka hanya mengumpul 3 mata sahaja. Diharap Dalglish sudah menyediakan ramuan tersendiri untuk mengutip 3 mata penuh di "Super Sunday" nanti.
Barisan Kemungkinan Liverpool
Reina
Skrtel - Carragher - Agger - Enrique
Downing - Adam - Lucas - Bellamy
Kuyt - Suarez
Saksikan perlawanan ini secara langsung di :
Channel : Astro ESPN (812)
Hari : Ahad 18/09/2011
Preview Perlawanan : 7:30 malam
Sepak Mula : 08:25 malam
must win!
ReplyDelete