Headlines News :
.
Home » , , » Hari terakhir perpindahan 2011 - Bellamy rujuk, Meireles cerai

Hari terakhir perpindahan 2011 - Bellamy rujuk, Meireles cerai

Written By Unknown on Thursday, September 1, 2011 | 15:37

Jam 7 pagi tadi (waktu Malaysia) adalah waktu berakhirnya musim perpindahan musim panas 2011 ini. Seperti yang kita ketahui, hari2 terakhir perpindahan ini sudah pastinya akan berlaku beberapa kejutan dimana tawar menawar untuk pembelian kali terakhir dilakukan. Kejutan tersebut nampaknya sekali lagi berlaku untuk kem Liverpool.

Bagi pembelian saat akhir, seperti yang diwar2kan sebelum ini, Dalglish mengharapkan kembalinya Craig Bellamy ke kem latihan Melwood setelah meninggalkannya pada tahun 2007. Hasil dari perbincangan bersama Manchester City, akhir Bellamy sudah sah rujuk kembali bersama Liverpool. Dengan mengikat kontrak selama 2 tahun dan diberi no. 39 pada jersinya, sudah pasti kita mengharapkan gandingannya bersama Suarez dan Carroll akan menambahkan lagi ketajaman dibahagian serangan.


Dalam penjualan pula, kita dikejutkan oleh tindakan Meireles menulis surat untuk dilepaskan bermain bersama Chelsea. Insiden ini berulang kembali setelah awal tahun ini kita juga dikejutkan dengan tindakan serupa oleh Fernando Torres memberi surat perlepasan juga ke Chelsea. Jika dua hari yang lepas Liverpool merejectkan bidaan Chelsea, tapi hari ini kita terpaksa akur bahawa Meireles sudah tiada hati di Anfield. Memetik kata2 pemilik Liverpool John Henry, "Kita akan mencari lebih ramai lagi pemain baru. Tetapi ini tidak bermakna kita akan membuang pemain sedia ada. Melainkan mereka2 yang tidak gembira berada disini".


Selain itu, Liverpool juga telah melepaskan David Ngog ke Bolton. Sejak awal lagi bidaan mereka terhadap Ngog ini sering menemui jalan buntu. Tetapi hari terakhir sememangnya apa2 pun boleh jadi dan Ngog sah berpindah ke Bolton. Tidak cukup dengan penjualan, Liverpool juga telah menghantar Joe Cole ke Lille secara pinjaman untuk jangkamasa yang panjang. Sememangnya sebelum ini banyak kelab yang menagih kudrat Joe Cole ini, tetapi disebabkan gajinya yang tinggi membuatkan pasukan2 tersebut mula menarik diri akibat tidak mampu serta faktor usia beliau.


Kini segala2 gosip perpindahan telah meninggalkan dunia bolasepak utk seketika. Tibalah masanya pasukan kita menuai hasil dari pembelian2 yang berbaloi ini. Mengharapkan kejayaan pasti milik Liverpool. YNWA..

Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger