Corak permainan ganas yang dipamerkan oleh skuad kendalian Tony Pulis ini agak menyukarkan pasukan kita untuk mencari gol. Selain telah terbinanya "kampung tersusun" oleh pemain2 Stoke dihalaman sendiri, menyukarkan lagi pemain2 kita untuk membuat gerakan ke dalam kotak penalti. Seperti sudah tertulis badi kekalahan di Britannia Stadium ini terus kekal, kehebatan penjaga gol Stoke Ashmir Begovic menyelamatkan beberapa percubaan membuatkan kita rasa terkilan. Apatah lagi 5 percubaan sekali gus dari Henderson dan Adam berjaya dipatahkan oleh beliau membuatkan kita sesak nafas.
Kita tidak sepatutnya mengalahkan Carragher kerana tindakan beliau menyebabkan pasukan Stoke dihadiahkan sepakan penalti. Ini kerana walaupun kita nampak Carragher tidak membuat tarikan kasar, tetapi apabila didalam kotak penalti, sudah pastinya keadaan demikian akan digunakan sepenuhnya oleh pemain Stoke untuk merebahkan badan bagi meraih simpati sepakan penalti.
Pada perlawanan ini juga Kuyt serta Henderson gagal menyerlah dimana gagal untuk menyumbang banyak gerakan kepada Suarez. Keadaan ini dapat dikesan oleh Dalglish dan mengeluarkan mereka berdua untuk digantikan oleh Carroll dan Bellamy. Setelah kemasukan mereka berdua, permainan lebih rancak tetapi nasib masih juga tidak menyebelahi Liverpool.
Walaupun The Reds kalah, kita semua tetap berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pemain2 kita. Begitulah bolasepak, walaupun pasukan menguasai permainan, tetapi belum menjamin kemenangan mutlak jika tidak diiringi dengan tuah.
Scoring Summary
Stoke City | Liverpool |
---|---|
Jonathan Walters (pen 21') |
Match Stats
3(1) | Shots (on Goal) | 24(7) |
13 | Fouls | 14 |
2 | Corner Kicks | 12 |
5 | Offsides | 1 |
27% | Time of Possession | 73% |
0 | Yellow Cards | 1 |
0 | Red Cards | 0 |
7 | Saves | 0 |
Teams
Stoke City | Liverpool |
---|---|
1 Asmir Begovic | 25 Pepe Reina |
20 Matthew Upson | 5 Daniel Agger |
17 Ryan Shawcross | 23 Jamie Carragher |
12 Marc Wilson | 3 Josรฉ Enrique |
4 Robert Huth | 37 Martin Skrtel |
18 Dean Whitehead | 26 Charlie Adam |
24 Rory Delap | 21 Lucas |
26 Matthew Etherington | 19 Stewart Downing |
16 Jermaine Pennant | 14 Jordan Henderson |
25 Peter Crouch | 7 Luis Suรกrez |
19 Jonathan Walters | 18 Dirk Kuyt |
Substitutes | |
6 Glenn Whelan | Craig Bellamy 39 |
29 Thomas Sorensen | Glen Johnson 2 |
28 Andy Wilkinson | Maxi Rodrรญguez 11 |
9 Kenwyne Jones | Doni 32 |
33 Cameron Jerome | Andrew Carroll 9 |
40 Wilson Palacios | Jay Spearing 20 |
30 Ryan Shotton | Sebastiรกn Coates 16 |
Substitutions | |
Andy Wilkinson for Robert Huth (65) | Andrew Carroll for Dirk Kuyt (67) |
Kenwyne Jones for Matthew Etherington (68) | Craig Bellamy for Jordan Henderson (67) |
Wilson Palacios for Rory Delap (71) | Glen Johnson for Martin Skrtel (81) |
Yellow Cards | |
Luis Suรกrez (90) | |
· Squads: Stoke City | Liverpool |
p/s: Pakar penghayun kayu golf kita, Bellamy hampir hilang sabar dengan kerenah pemain2 Stoke ini. Nasib baik debut beliau bersama Liverpool FC tidak tercalar dengan sebarang kad. (Nasib baik juga tak ada yang makan kayu golf.)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebiasalah adat permainan...tapi sy tetap sokong liverpool...ynwa..:))
ReplyDeletestoke just parking the bus in the penalty box
ReplyDeleteLen said
ReplyDeletesecara jujur pada pendapat saya luis suarez sepatutnya diturunkan pada masa ke-2 or selepas 30 minit...dia menjadi mangsa terjahan dan sering menjadi sasaran...takut pula awal2 season ni dia cedera awal...& satu perkara buruk Luis Suarez & Andy carol kalau diperhatikan mereka sering merungut sekiranya lorongan tidak kemas, hantaran tak tepat pada mereka & tida di beri bola...risau pula ada pemain2 KOP yang tersinggung rungutan mereka...harap2 Steven Gerard juga perasaan & dapat menegur mereka Seperti time Torres yang suka "DIVE"/menjatuhkkan badan" ketika bersama2 KOP...& setakat ni Downing Is good player (attitud yang sepatutnya dijadikan contoh, sama jg seperti King Daglish - boleh di lihat dari raut muka mereka seperti low profile)...