Headlines News :
.
Home » » Ops Sikap ke-24 - Ops yang gagal mengubah sikap pengguna jalanraya

Ops Sikap ke-24 - Ops yang gagal mengubah sikap pengguna jalanraya

Written By Unknown on Friday, September 9, 2011 | 02:27

Setiap kali berlakunya perayaan besar, sudah pasti berita tempatan akan menyiarkan berita2 kemalangan yang mengakibatkan kematian. Musim perayaan Aidilfitri 2011 ini juga tidak terlepas dari berlakunya kecelakaan jalanraya akibat sikap pengguna yang masih ditakuk lama.

Setiap musim perayaan juga pihak PDRM akan melaksanakan Ops Sikap dimana pada musim Aidilfitri ini ia adalah yang ke 24 dilancarkan. Apa yang menyedihkan, Ops Sikap tersebut gagal untuk mengurang kadar kemalangan jalanraya. Ops sikap kali ini telah berlangsung selama 15 hari (23 Ogos - 6 September 2011) telah merekodkan kematian paling tinggi dalam sejarah pelancarannya iaitu 289 kematian. Dimana silapnya. Adakah disebabkan kegagalan pihak PDRM dalam memberi kempen kesedaran kepada pengguna jalanraya. Ataupun sikap pengguna jalanraya itu sendiri yang lebih mementingkan diri sendiri dari nyawa orang lain.

Walaupun dalam kebanyakan kemalangan dan kehilangan nyawa tersebut bukan 100% dari kesilapan pengguna jalanraya, tetapi apa yang pastinya sikap sebilangan individu yang mementingkan diri sendiri inilah menjadi penyumbang besar kepada berlakunya kemalangan. Mengapakah keadaan ini terus berlaku. Dengar cerita untuk kempen kali ini, pihak PDRM lebih bertolak ansur dengan lebih banyak menasihati individu2 terbabit. Mungkin juga dengan tindakan PDRM inilah menyebabkan pengguna mengambil kesempatan.

Setiap tahun pengguna motosikal menjadi penyumbang terbesar kepada kemalangan dan kematian. Dengan semangat berhari raya, adakah mereka sanggup menunggang laju demi tiba kedestinasi dengan lebih cepat. Masih kurang kesedaran lagikah mat2 rempit ini. Slogan "jalan raya bukan tempat untuk berlumba" hanya tinggal slogan sahaja. Jadi apakah tindakan seterusnya pihak PDRM untuk menangani kegagalan ops sikap kali ini.

Apabila nyawa tidak dihargai, orang yang disayang tidak dicintai, sudah pastinya mereka akan memandu dengan lupa diri. Apa yang pasti janganlah membabitkan mereka2 yang tidak bersalah. Semoga kita semua boleh menjadi pemandu yang lebih berhemah hendaknya.
Share this article :

1 comment:

  1. hakikat nyer x perlu tggu perayaan...kalu dikira mmg tiap2 ari ada orfg tergoleng dong ats jln raya...

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger