Pasukan Wolves atau serigala ini telah dinaik taraf ke Premier League semenjak musim 09/10. Rekod pertemuan The Reds dalam dua musim yang lalu ketika bertemu pasukan ini boleh dikatakan agak seimbang. 4 perlawanan liga yang dilalui, Liverpool mencipta 2 kemenangan 1 seri dan 1 kalah. Apa yang membimbangkan, rekod kekalahan itu berlaku di Anfield musim lalu. Ini bermakna, Liverpool tidak seharusnya bermegah dengan kelebihan bermain di tempat sendiri kerana kekalahan 0-1 di bawah kendalian Roy Hodgson telah memberi pengajaran besar kepada kita.
Seperti yang kita ketahui, semangat Kapten Liverpool Steven Gerrard untuk bermain sepenuh masa malam ini amat tinggi sekali. Selepas diturunkan sebagai pemain gantian ketika menentang Brighton tempoh hari, Gerrard semakin yakin untuk mengalas cabaran The Reds. Walaubagaimanapun, semua keputusan di tangan Dalglish samaada menurunkannya sepenuh masa atau simpanan. Ini kerana Dalglish juga dalam dilema disebabkan takut kecederaan Gerrard yang baru pulih itu akan berulang kembali.
Selepas di praktikalkan gandingan Bellamy bersama Suarez, kita nampak bahagian serangan kita bertambah mantap. Kita mengharapkan agar gandingan ini sekali lagi diturunkan malam ini disebabkan prestasi Carroll yang gagal mendapatkan rentak permainan pantas menyerang teman2nya. Hakikatnya walau siapa pun diturunkan malam ini, sudah pastinya kita mengharapkan kemenangan mutlak serta mutu permainan yang terbaik dipersembahkan. 3 mata amat penting bagi Liverpool untuk merapatkan lagi jurang pasukan2 diatas yang mula menjarakkan mata kedudukan sebelum ini.
Barisan Kemunkinan Liverpool
Reina
Kelly - Carragher - Coates - Enrique
Henderson - Gerrard - Lucas - Downing
Suarez - Bellamy
Saksikan Siaran Langsung perlawanan ini:
Channel : Astro STAR Sports (813)
Tarikh : Sabtu, 24/09/2011
Masa : 09:55 malam
mesti mng! tp syg nyer x dpt tgk la mlm ni..
ReplyDelete