Akhirnya setelah didesak hebat oleh penyokong setia dah pihak pengurusan Red Giants, K. Devan meletakkan jawatan dengan secara sukarela. Perletakan jawatan beliau yang berkuat kuasa serta merta siang tadi sememangnya ditunggu2 oleh kita selepas prestasi hambar Red Giants yang ditunjukkan pada musim ini.
Setelah ketiadaan beliau, kerusi panas itu disandang oleh di terajui oleh P. Maniam. Dengan sisa2 perjuangan di saingan Piala Malaysia berbaki 2 perlawanan lagi, kita sememangnya tidak mengharapkan sesuatu keajaiban yang boleh dilakukan oleh beliau. Apa yang pasti pasukan Selangor sudah boleh memikirkan pembinaan semula pasukan yang mantap bagi persediaan musim hadapan.
Selamat jalan K. Devan
Written By Unknown on Tuesday, September 20, 2011 | 21:15
Labels:
21. Selangor,
Berita,
Perpindahan
hire rafa la..dia tgh xde keje tu
ReplyDelete