Headlines News :
Home » , » Kumpulan D Piala Malaysia 2011 - T-Team 1-0 Selangor

Kumpulan D Piala Malaysia 2011 - T-Team 1-0 Selangor

Written By saleehs gerrard on Tuesday, September 6, 2011 | 23:45

Mengharapkan kemenangan sulong dalam kejohanan Piala Malaysia musim 2011 ini, tetapi kekalahan sulong yang diperolehi. Begitulah permulaan yang lemah ditonjolkan oleh pasukan Red Giants ketika berkunjung ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu menentang pasukan T-Team.

Nampaknya misi 33 yang dicanangkan oleh pihak pengurusan FAS sedikit tercalar dipermulaan kejohanan ini. Bermain secara bertahan, sememangnya Selangor patut menerima kekalahan ini. Adakah disebabkan rehat panjang serta terlebih makan rendang ketupat sempena hari raya yang lalu menjadikan pemain2 Selangor lemah? Segala jawapannya ada bersama K Devan. Percaturannya semakin lama semakin tenggelam. Membayangkan setiap tahun akan mendakap piala, tetapi saban tahun kehilangan pula piala yang didakapnya.

Jaringan Norfazly Alias pada minit ke-73, sudah cukup buat T Team untuk memungut 3 mata untuk menduduki tangga kedua Kumpulan D. Apapun SG sebagai peminat setia Red Giants ini masih mengharapkan sesuatu perubahan akan berlaku selepas perlawanan ini. Tetapi adakah istilah lambat panas masih boleh diguna pakai lagi ketika ini? Tunggu dan lihat apa percaturan K. Devan seterusnya.
Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger