Perlawanan diantara dua jaguh bolasepak Lembah Klang ini nampaknya sama hebat dan sama kuatnya. Pertembungan Kuala Lumpur dan Selangor di stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi berkesudahan seri tanpa jaringan. Dengan keputusan seri ini, Selangor jatuh kembali ke tempat ke 3 selepas T-team melonjak kembali ke tangga ke 2 setelah mengalahkan PDRM 4-0.
Nampaknya tuah tidak berpihak kepada Selangor malam tadi. Walaupun menguasai perlawanan, tetapi ketumpulan jentera serangan serta kecekapan penjaga gol Kuala Lumpur Norazlan Razali berjaya menggagalkan beberapa percubaan merbahaya dari Red Giants. 4 mata dari 3 perlawanan adalah sesuatu perkara yang amat merisaukan kita kerana sepatutnya pasukan Selangor memperolehi 9 mata maksimum ataupun sekurang2nya 6 mata bagi memudahkan lagi mengharungi pusingan ke 2 nanti.
Diharapkan pada pusingan ke 2 yang bermula Sabtu ini menentang T-Team di Stadium Shah Alam dapat digunakan sebaik mungkin oleh skuad Red Giants. Mengejar kembali 9 mata maksimum pada pusingan ke 2 ini akan menjadi bekalan selamat untuk melayakkan diri ke saingan suku akhir.
SELANGOR: G Jeevananthan, Razman Roslan, Nasriq Baharom, Asraruddin Putra Omar, P Gunalan, Amirulhadi Zainal, Hardi Jaafar, Amri Yahyah (c) (Azidan Sarudin 84), Fitri Shazwan Raduwan (Safiq Rahim 52), Rudie Ramli (S Sritharan 72), Fadzli Saari.
Home »
21. Selangor
,
Piala Malaysia
» Perlawanan ke 3 Piala Malaysia 2011 - Kuala Lumpur 0-0 Selangor
Perlawanan ke 3 Piala Malaysia 2011 - Kuala Lumpur 0-0 Selangor
Written By Unknown on Wednesday, September 14, 2011 | 21:51
Labels:
21. Selangor,
Piala Malaysia
antara selangor dan liverpool apakah kesamaanya!!
ReplyDelete1) "RED". Liverpool = The Reds, Selangor = Red Giants.
ReplyDelete2) Lagenda : Liverpool & Selangor penuh Lagendanya. Memenangi kejuaran yang sukar ditandingi. Melahirkan bintang yang cukup terkenal.
p/s: Walau apapun terjadi dengan kedua2 pasukan ini, "dulu kini & selamanya tetap setia. YNWA"
punah la harapan 33 hikhikhik
ReplyDelete