Headlines News :
.
Home » , » Game 4 BPL 11/12 - Stoke City 1-0 Liverpool

Game 4 BPL 11/12 - Stoke City 1-0 Liverpool

Written By Unknown on Sunday, September 11, 2011 | 19:31

Marah, bengang, sakit hati dan macam2 lagi yang buruk ingin disuara dengan ketidak puas hatinya kita dengan kekalahan pasukan kesayangan kita Liverpool di tangan Stoke City. Bukan ingin mengutuk mengenai The Reds, tetapi dengan mutu pengadil malam tadi serta corak permainan yang dipamerkan oleh Stoke City membuatkan kita panas hati. Beberapa insiden didalam kotak penalti seperti bola terkena tangan pemain Stoke hanya dibiarkan sahaja oleh pengadil tanpa memberi sepakan penalti yang sepatutnya.


Corak permainan ganas yang dipamerkan oleh skuad kendalian Tony Pulis ini agak menyukarkan pasukan kita untuk mencari gol. Selain telah terbinanya "kampung tersusun" oleh pemain2 Stoke dihalaman sendiri, menyukarkan lagi pemain2 kita untuk membuat gerakan ke dalam kotak penalti. Seperti sudah tertulis badi kekalahan di Britannia Stadium ini terus kekal, kehebatan penjaga gol Stoke Ashmir Begovic menyelamatkan beberapa percubaan membuatkan kita rasa terkilan. Apatah lagi 5 percubaan sekali gus dari Henderson dan Adam berjaya dipatahkan oleh beliau membuatkan kita sesak nafas.


Kita tidak sepatutnya mengalahkan Carragher kerana tindakan beliau menyebabkan pasukan Stoke dihadiahkan sepakan penalti. Ini kerana walaupun kita nampak Carragher tidak membuat tarikan kasar, tetapi apabila didalam kotak penalti, sudah pastinya keadaan demikian akan digunakan sepenuhnya oleh pemain Stoke untuk merebahkan badan bagi meraih simpati sepakan penalti.


Pada perlawanan ini juga Kuyt serta Henderson gagal menyerlah dimana gagal untuk menyumbang banyak gerakan kepada Suarez. Keadaan ini dapat dikesan oleh Dalglish dan mengeluarkan mereka berdua untuk digantikan oleh Carroll dan Bellamy. Setelah kemasukan mereka berdua, permainan lebih rancak tetapi nasib masih juga tidak menyebelahi Liverpool.


Walaupun The Reds kalah, kita semua tetap berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pemain2 kita. Begitulah bolasepak, walaupun pasukan menguasai permainan, tetapi belum menjamin kemenangan mutlak jika tidak diiringi dengan tuah.

Scoring Summary

Stoke City Liverpool
Jonathan Walters (pen 21')

Match Stats

Stoke City                     Liverpool

3(1) Shots (on Goal) 24(7)
13 Fouls 14
2 Corner Kicks 12
5 Offsides 1
27% Time of Possession 73%
0 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0
7 Saves 0

Teams

Stoke City Liverpool
Asmir Begovic25 Pepe Reina
20 Matthew UpsonDaniel Agger
17 Ryan Shawcross23 Jamie Carragher
12 Marc WilsonJosรฉ Enrique
Robert Huth37 Martin Skrtel
18 Dean Whitehead26 Charlie Adam
24 Rory Delap21 Lucas
26 Matthew Etherington19 Stewart Downing
16 Jermaine Pennant14 Jordan Henderson
25 Peter CrouchLuis Suรกrez
19 Jonathan Walters18 Dirk Kuyt
Substitutes
Glenn WhelanCraig Bellamy 39
29 Thomas SorensenGlen Johnson 2
28 Andy WilkinsonMaxi Rodrรญguez 11
Kenwyne JonesDoni 32
33 Cameron JeromeAndrew Carroll 9
40 Wilson PalaciosJay Spearing 20
30 Ryan ShottonSebastiรกn Coates 16
Substitutions
Andy Wilkinson for Robert Huth (65)Andrew Carroll for Dirk Kuyt (67)
Kenwyne Jones for Matthew Etherington (68)Craig Bellamy for Jordan Henderson (67)
Wilson Palacios for Rory Delap (71)Glen Johnson for Martin Skrtel (81)
Yellow Cards
Luis Suรกrez (90)
· Squads: Stoke City | Liverpool

p/s: Pakar penghayun kayu golf kita, Bellamy hampir hilang sabar dengan kerenah pemain2 Stoke ini. Nasib baik debut beliau bersama Liverpool FC tidak tercalar dengan sebarang kad. (Nasib baik juga tak ada yang makan kayu golf.)
Share this article :

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. biasalah adat permainan...tapi sy tetap sokong liverpool...ynwa..:))

    ReplyDelete
  3. stoke just parking the bus in the penalty box

    ReplyDelete
  4. Len said
    secara jujur pada pendapat saya luis suarez sepatutnya diturunkan pada masa ke-2 or selepas 30 minit...dia menjadi mangsa terjahan dan sering menjadi sasaran...takut pula awal2 season ni dia cedera awal...& satu perkara buruk Luis Suarez & Andy carol kalau diperhatikan mereka sering merungut sekiranya lorongan tidak kemas, hantaran tak tepat pada mereka & tida di beri bola...risau pula ada pemain2 KOP yang tersinggung rungutan mereka...harap2 Steven Gerard juga perasaan & dapat menegur mereka Seperti time Torres yang suka "DIVE"/menjatuhkkan badan" ketika bersama2 KOP...& setakat ni Downing Is good player (attitud yang sepatutnya dijadikan contoh, sama jg seperti King Daglish - boleh di lihat dari raut muka mereka seperti low profile)...

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger