Headlines News :
.
Home » , , » Selamat datang Sebastian Coates, Selamat jalan Poulsen

Selamat datang Sebastian Coates, Selamat jalan Poulsen

Written By Unknown on Wednesday, August 31, 2011 | 09:36

Setelah tiba di Kota Merseyside beberapa hari yang lalu serta sempat juga menyaksikan perlawanan antara Liverpool menentang Bolton di Stadium Anfield, Akhirnya laman rasmi Liverpool FC semalam telah mengesahkan bahawa, Liverpool telah berjaya mengikat Sebastian Coates. Seperti yang kita sedia maklum, pemain pertahanan tengah ini dibeli bagi mengantikan pemergian Kyrgiakos ke liga Jerman minggu lepas.

Sebastian Coates adalah rakan senegara dengan Suarez iaitu Uruguay. Sebelum itu pemain berusia 20 tahun ini menjadi rebutan antara Liverpool bersama Manchester City. Walaubagaimanapun, dengan pengaruh sahabat senegaranya Suarez, beliau lebih teruja bersama Suarez untuk bermain di Liverpool.

Coates adalah pemain keenam yang dimiliki oleh Dalglish dalam musim perpindahan kali ini selepas memiliki Henderson, Adam, Doni, Downing dan Enrique. Kehadiran beliau sememangnya menjadi pelengkap posisi pertahanan tengah kerana kita selalu membimbangkan dengan kecedaraan yang sering membelengu Agger serta Skrtel dan begitu juga usia dipenghujung karier Carragher.

"Selamat datang diucapkan. Semoga beliau cepat serasi dengan pemain2 kita serta dapat memberi impak terbesar kepada pasukan."

Sementara itu Liverpool FC juga telah mengesahkan perpindahan pemain penghabis beras kita Christian Poulsen ke Evian Thonon Gaillard. Kelab Francis yang baru di naik taraf ke Liga no. 1 itu telah diberi kebenaran untuk membincangkan perjanjian peribadi bersama Poulsen.

Poulsen yang dibeli semasa era Roy Hodgson musim lalu, tidak memberi sebarang impak yang boleh dibanggakan semenjak berada disini. Pemain antarabangsa Denmark ini menjadi pemain yang kerap dikritik akibat prestasinya yang tidak menentu. Dengan kehadiran ramai pemain tengah pada musim perpindahan kali ini, ruang untuk Poulsen sememangnya sudah tertutup rapat untuk berada pada kesebelasan utama.

"Selamat jalan Romeo. Semoga Poulsen dapat memajukan dirinya lagi di kelab barunya nanti."
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger