Headlines News :
.
Home » , , , » Keputusan undian Piala Malaysia 2011

Keputusan undian Piala Malaysia 2011

Written By Unknown on Saturday, August 6, 2011 | 00:16

Hari ini 5 Ogos 2011 telah berlangsung undian peringkat kumpulan Kejohanan Piala Malaysia bagi musim 2011. Berikut adalah keputusan Undian tersebut serta rebiu pasukan2 yang bertanding.

Kumpulan A


KEDAH - Perjuangan pasukan Hijau Kuning untuk mara ke final terkandas setakat separuh akhir Piala Malaysia selepas dikecewakan Kelantan, musim lalu. Kedudukan dalam liga agak memberangsangkan kerana menghuni tangga keempat terbaik musim 2011. Kini peluang Kedah mengulangi kejayaan menggondol dua kali berturut2 dilihat cerah selepas beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan sebelum ini pulih.

PERAK - Cabaran Seladang sekadar berakhir pada peringkat kumpulan kerana Johor FC dan Kedah mengisi slot ke suku akhir musim lalu. Prestasi Yob juga terumbang ambing apabila menamatkan kedudukan ke-6 Liga Super dan berkemungkinan terpaksa beraksi tanpa lima pemain utama gara2 penggantungan FAM. Kali terakhir Perak menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2000 menewaskan Negeri Sembilan.

SABAH - Pada kempen Piala Malaysia tahun lalu, pasukan Sabah menamatkan saingan di peringkat kumpulan. Sang Badak sekadar mencatat dua kemenangan, tiada seri dan satu kekalahan. Di saingan Liga Super musim ini, anak buah Justin Ganai menghuni tangga ke 10 liga dengan merekodkan 7 kemenangan, 7 seri dan 12 kekalahan. Sabah tidak pernah menjulang Piala Malaysia.

JOHOR - Walaupun tidak menyertai saingan Piala Malaysia musim lalu, tetapi dengan prestasi semasa yang agak menonjol, pasukan Johor berjaya juga menyertai kejohanan pada tahun ini. Bagaimanapun suatu ketika dulu skuad Jengking pernah menjulang trofi Piala Malaysia iaitu pada 1985 dan 1991 apabila menewaskan Kuala Lumpur dan Selangor. Pada saingan Liga Perdana Johor berjaya menduduki tempat keempat dengan 11 kemenangan, 3 seri dan 8 kekalahan.

Kumpulan B


TERENGGANU - Skuad Penyu mula bergelar juara pada 2001 selepas berjaya menundukkan Perak 2-1 dalam edisi ke-25 Piala Malaysia. Berdasarkan kejayaan Terengganu dalam Piala FA dan naib juara Liga Super, pasukan dibawah kelolaan Irfan Bakti menyasarkan untuk membawa pulang Piala Malaysia tahun ini.

NEGERI SEMBILAN - Skuad Jang terlepas gelaran trofi kejuaraan Piala Malaysia ketiga apabila kebangkitan dramatik Kelantan pada babak kedua menyebabkan mereka berpuas hati naib juara musim lalu. Malah pencapaian menghuni tangga ke-8 saingan domestik juga bukanlah sesuatu boleh dibanggakan anak didik Azraai Khor Abdullah. Dibarisi pemain2 berpengalaman dan adunan pemain muda bakal mencetuskan fenomena baru kerana saingan Piala Malaysia bermula September berbeza Liga Super yang tamat Julai lalu.

PKNS - Piala Malaysia 2010 menyaksikan pasukan PKNS sekadar berada di tangga ke-3 kumpulan A bersama dengan Negeri Sembilan dan Kelantan yang berjaya ke pusingan seterusnya. Skuad Semut Api yang sebelum ini menjulang trofi Piala FAM pada 1979 dan 2003 itu kini berjaya menjadi juara Liga Perdana dengan hanya mencatat 1 sahaja kekalahan sepanjang 22 perlawanan. PKNS dilihat bakal menjadi antara pasukan yang menonjol dalam kempen Piala Malaysia kali ini.

SIME DARBY - Sime Darby layak beraksi buat kali pertama di Piala Malaysia selepas berjaya menyingkirkan Pahang di pusingan playoff. Dalam kempen Liga Perdana, Sime Darby menamatkan saingan ditangga ke-5. Sime Darby adalah juara Liga FAM sebelum beraksi di Liga Perdanan musim lalu.

 Kumpulan C


KELANTAN - "The Red Warriors" berjaya menamatkan kemarau selama 55 tahun apabila buat julung kali bergelar juara Piala Malaysia setelah menewaskan Negeri Sembilan tahun lalu. Malah kemenangan itu membalas kekalahan Kelantan Kepada Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia 2009. Kini Kelantan dikatakan sedang berusaha mendapatkan khidmat penyerang Pahang bagi memperkemaskan pasukannya menjelang saingan Piala Malaysia musim ini tanpa kehadiran sementara Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd. Izuan Solahuddin yang mengikuti latihan bersama skuad Olimpik 2012 di Slovakia.

JOHOR FC - Prestasi Johor FC dalam aksi Piala Malaysia 2010 agak baik apabila melangkah ke separuh akhir namun harapan ke pentas akhir musnah apabila ditewaskan Negeri Sembilan. Saingan kali ini mungkin sukar buat pasukan dari selatan tanah air itu memandangkan banyak skuad yang boleh dikatakan kebal seperti Kelantan , Terengganu dan Selangor.

FELDA UNITED - Turun selaku pasukan berstatus kelab, Felda United melangkah ke medan pertempuran buat kali ke-2 dan pastinya kehadiran mereka harus diberi perhatian oleh pasukan lain. Julung kalinya menyertai Piala Malaysia tahun lalu, Felda tidak bernasib baik dan hanya sempat beraksi di peringkat kumpulan. Di saingan Liga Super musim ini, anak buah E Elavarasan menghuni tangga ke-10 liga dengan merekodkan 7 menang, 7 seri dan 12 kalah.

SARAWAK - Bujang Senang kembali memeriahkan saingan Piala Malaysia musim ini. Skuad kendalian Robert Alberts itu dilihat mampu melakar kejutan berdasarkan prestasi ditunjukkan dalam kempen Liga Perdana. Beksa naib juara Piala Malaysia edisi 2000 itu menamatkan kempen Liga Perdana ditangga Ke-2 dengan mencatatkan rekod 15 kemenangan dalam 22 perlawanan. Tahun lalu Bujan Senang tidak beraksi di Piala Malaysia.

Kumpulan D


SELANGOR - Tahun lalu, Selangor turun selaku pasukan pilihan namun terkandas di suku akhir apabila tumbang di tangan sang juara Kelantan. Sebagai pasukan paling berjaya dalam Piala Malaysia, sudah pasti Selangor yang menghuni tangga ke-3  Liga Super tahun ini, tidak berdiam diri untuk merampas kembali takhta 'raja' dari tangan Red Warriors.

T-TEAM - Persatuan Bola Sepak Daerah Kuqala Terengganu T-TEAM atau T-TEAM diasaskan pada 2007, adalah johan bagi piala FAM musim 2007/08 mengatasi Majlis Bandaraya Johor Bahru. Walaupun masih belum pernah menjuarai Piala Malaysia, namun pasukan ini tidak gentar diundi berada dalam satu kumpulan bersama pasukan berstatus gergasi iaitu Selangor. Seperi pasukan lain, T-TEAM turut mensasarkan untuk membawa pulang Piala Malaysia tahun ini walaupun penjaga gol utama, Shamsuri Mustafa terpaksa berehat lama dari pembedahan lutut.

KUALA LUMPUR - Pada aksi Piala Malaysia tahun lalu, Kuala Lumpur agak malang apabila tewas semua perlawanan pusingan pertama dan kedua. Dlam saingan Liga Super pula, KL beraksi hambar namun skuad kendalian Razip Ismail agak baik kerana tidak terjerumus ke Liga Perdana musim depan apabila sekadar mencatat 6 kemenangan , 8 seri dan 12 kekalahan untuk menghuni tangga ke 12 liga.

PDRM - PDRM layak beraksi di Piala Malaysia musim ini selepas menamatkan kempen Liga Perdana di tempat ke-3. Rekod baik PDRM (12 menang, 3 seri dan 7 kalah) dalam saingan liga menjadi bekalan moral pasukan itu untuk melakukan upset dalam kempen kali ini..
Share this article :

1 comment:

  1. final phg vs kedah.

    phg 'dapat bye' utk pusingan pertama ni ;-)

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger