Headlines News :
.
Home » , , » Jersi berlogo baru untuk perlawanan menentang Chelsea

Jersi berlogo baru untuk perlawanan menentang Chelsea

Written By Unknown on Monday, May 7, 2012 | 19:56

Pemain-pemain Liverpool secara rasminya akan menggunakan logo baru untuk mengantikan logo Standard Chartered pada jersi rasmi pasukan dalam perlawanan terakhir di Anfield musim ini menentang Chelsea awal pagi Rabu nanti. "Seeing Is Believing" adalah perkataan pada logo baru tersebut yang mengambarkan salah satu inisiatif global penaja utama Liverpool Standard Chartered yang telah memberi dana untuk kecacatan buta yang boleh dielakkan di negara-negara membangun.


Dalam misi meningkatkan kesedaran untuk mengelakkan kecacatan tersebut, sesiapa sahaja boleh membida jersi edisi terhad ini dimana Standard Chartered sendiri akan memberi tawaran yang dibida untuk menjadi lebih jauh lagi dalam usahanya untuk membantu orang ramai.


Untuk pengetahuan "Seeing Believing" telah diwujudkan dengan dana melebihi USD40 juta dengan harapan dana tersebut akan berkembang lagi menjadi USD100 juta menjelang tahun 2020. Ia adalah projek untuk menghilangkan 80% kebutaan dimana ketika ini 39 juta orang diseluruh dunia masih mengalami kecacatan tersebut. Dengan harapan misi ini dapat membantu individu terbabit peluang kedua melihat dunia ini dan akan mengubah bukan sahaja diri pesakit malah mereka-mereka yang berada disekelilingnya. Mengembalikan nilai hidup seseorang pesakit akan memberikan mereka kemerdekaan dalam membebaskan diri mereka daripada hidup yang bergantung dengan orang lain.


Begitulah yang dinamakan keprihatinanan syarikat-syarikat korporat dalam kegiatan sosial mereka. Disebalik memertabatkan sukan dan memajukan perniagaan, sikap perihatin terhadap nasib dan kekurangan insan lain dimuka bumi ini amatlah dihormati. Jika anda berminat untuk menyertai program tersebut anda boleh lawati laman utama Liverpool FC.tv ..
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger